JAIS bakal perkenal silibus pelajar tahfiz depani cabaran Islamifobia

JABATAN Islam Selangor (JAIS) bakal memperkenalkan beberapa silibus baharu bagi mempersiapkan pelajar tahfiz dengan cabang ilmu meluas termasuk mendepani Islamofobia.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, moderasi baharu kurikulum tahfiz itu bertujuan memastikan huffaz dilengkapi ilmu seimbang antara pengajian al-Quran dengan pendidikan lain.

“Kita memperkenalkan moderasi kurikulum tahfiz, selain beberapa langkah supaya ada silibus baharu yang diangkat supaya pelajar ini tidaklah hanya menghafal al-Quran tetapi tahu apa yang berlaku di sekitar dan ada kebijaksanaan (ilmu lain).

“Tuanku (Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj) telah bertitah, Tuanku tak nak belajar al-Quran sahaja tapi tidak faham makna al-Quran, pengajaran dari al-Quran. (Jika tidak) macam mana nak menghadapi Islamofobia?” soalnya.

Beliau ditemui selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di masjid negeri yang dihadiri Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, di Shah Alam, hari ini.

Baginda berkenan menyampaikan anugerah tokoh Maulidur Rasul 1446 Hijrah Selangor kepada ahli akademik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Abd Rauf Hassan.

Mohd Shahzihan menambah, moderasi kurikulum tahfiz dijalankan secara berfasa sebelum dikuatkuasakan secara menyeluruh.

“Kurikulum moderasi tahfiz sudah dibangunkan cuma kita nak pertingkatkan lagi kurikulum. Antaranya bahasa Arab dan pengetahuan am yang dipanggil politik kenegaraan.

“Bila dia tahu negara, kenal negara, tahu arah tuju. Kita membahas tentang negara yang kita sayang. Tidak mahu nanti tanpa (ilmu) politik kenegaraan mereka hilang daya kuasa sebagai sebuah masyarakat akhirnya taksub kepada kumpulan tentu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu golongan pelajar huffaz dipersiapkan dengan ajaran Islam yang sebenar bagi berdepan kelompok islamofobia dan pihak yang menanam kebencian menerusi Islam di negara ini.

Hal ini, tegas Anwar, agama Islam di negara ini berada dalam persimpangan disebabkan kelompok itu yang mencemarkan kesuciannya.

Related Posts

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

RAWANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan apabila Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Menteri Besar, meskipun timbul dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM