Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

SANDAKAN – Kira-kira 1,000 rumah kediaman terjejas dalam satu kebakaran besar yang melanda sebuah penempatan di daerah ini awal pagi tadi, melibatkan anggaran lebih 9,000 penduduk.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kejadian itu dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 1.30 pagi sebelum kawasan terbabit diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada pukul 4 pagi.

Menurutnya, kawasan berkenaan sebenarnya menempatkan kurang 1,200 rumah, namun setakat ini dianggarkan sekitar 1,000 daripadanya terkesan akibat kebakaran tersebut.

“Alhamdulillah, api berjaya dikawal sekitar jam 4 pagi dan ketika ini pihak berkuasa sedang giat membantu penduduk untuk proses pendaftaran mangsa.

“Beberapa lokasi penempatan sementara turut disediakan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, Sekolah Kebangsaan Kampung (Kg) Gas dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sapi,” katanya dalam ketika di temui media, di lokasi kejadian, di sini pada Ahad.

Tambahnya, proses pendaftaran mangsa masih berjalan dan pihaknya akan memastikan semua yang terjejas menerima bantuan sewajarnya.

Mengulas laporan yang mendakwa berlaku kematian dalam kejadian itu, George menegaskan setakat ini tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan.

“Tiada kematian dilaporkan. Namun, terdapat beberapa mangsa cedera ringan dipercayai akibat panik ketika menyelamatkan diri dan harta benda,” tegasnya.

Tambah George, pihaknya bersama agensi lain termasuk Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menyelaras usaha bantuan serta pengurusan pascabencana.

Dalam pada itu, punca kejadian masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysa (JBPM) dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai