Sultan Pahang kecewa masih ada ajaran sesat aktif di Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mezahirkan rasa terkilan apabila terdapat enam ajaran sesat yang masih lagi aktif di negeri ini.

Baginda bertitah, sebelum ini terdapat 34 ajaran sesat di Pahang, bagaimanapun jumlahnya semakin berkurangan disebabkan beberapa faktor.

“Saya amat terkilan apabila dua daripada enam ajaran sesat yang masih aktif di negeri ini kini sedang aktif di kampung saya di Pekan.

“Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa supaya dapat menyiasat kumpulan ajaran sesat yang aktif di negeri ini bagi memastikan mereka tidak terus menapak seterusnya menimbulkan perkara yang tidak diingini,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 1446H/2024M di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Al-Sultan Abdullah bertitah, rakyat diharap menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui kemunculan kumpulan ajaran sesat ditempat mereka dan usaha secara bersama itu mampu menghapuskan ajaran sesat di negeri ini.

Titah baginda, rakyat boleh menilai sendiri ajaran sesat yang muncul sebelum terpengaruh dan diharapkan ajaran sesat tidak bertapak di Pahang.

Related Posts

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

SEREMBAN – Beberapa bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan mula tiba di Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), di sini, pagi ini bagi proses rakaman keterangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

BINTULU – Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI), teknologi dron, dan jentera robotik kini menjadi pemacu utama transformasi sektor pertanian Sarawak bagi mengubah stigma kemiskinan dalam kalangan golongan petani tempatan. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Bekas Exco Negeri Sembilan mula tiba untuk beri keterangan kepada polis

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Tun Hasmah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Ubah stigma petani miskin, Sarawak integrasi teknologi AI dalam pertanian

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Sarawak warta 7,000 hektar untuk penanaman padi, sasar geran padanan RM1 bilion

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya

Inisiatif Sarawak IFE iktiraf kemahiran 105 peserta luar bilik darjah, pacu laluan kerjaya

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita

Pemergian Tun Hasmah: Negara kehilangan sosok inspirasi wanita