Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, program Jelajah Kebun Dapur yang akan bermula sempena Pesta Kaamatan pada 1 Mei di Papar memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan benih dan ternakan pada harga lebih mampu milik.

“Kita dalam Kebun Dapur ni kita memberikan benih-benih sayuran secara percuma namun begitu untuk benih buah-buahan anak-anak pokok kita memberikan diskaun khas kepada yang berminat.

“Anak-anak ayam, ayam penelur, ayam pedaging, burung puyuh, kita beri diskaun 50 peratus daripada harga pasaran biasa,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Santai bersama media di Waterfront Todak, di sini pada Jumaat.

Selain itu, beliau berkata, anak ikan seperti tilapia, patin, siakap air tawar dan keli turut ditawarkan pada harga diskaun, manakala anak pokok nanas MD2 dijual serendah RM1.50 berbanding harga pasaran RM3.50.

“Jadi itulah antara inisiatif kebun dapur ni adalah untuk memudahkan masyarakat kita menanam pokok buah-buahan, pokok sayuran sambil menternak ayam kampung, ayam pedaging, ayam penelur dikeliling rumah.

“Jadi mudah-mudahanlah ianya akan dapat menambahkan pendapatan isteri rumah lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ekonomi pada masa ini,” katanya.

Menurut Jamawi, pendekatan ini bertujuan menggalakkan rakyat menanam dan menternak sendiri bagi menambah pendapatan isi rumah terutama dalam situasi ekonomi mencabar.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan penubuhan Sabah Agriculture Marketing Authority (SAMA) yang akan berperanan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), namun dengan pendekatan berbeza.

“SAMA ini akan membeli keseluruhan tanaman ketika musim lambakan untuk dipasarkan dengan harga lebih munasabah,” jelasnya.

Tambahnya, aplikasi digital juga akan dilancarkan bagi memantau pengeluaran hasil pertanian mengikut 25 perusahaan pengumpulan dan hasil pertanian di setiap parlimen dalam tempoh dua hingga tiga minggu untuk memudahkan pemasaran.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang