Mikel Arteta
PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 1-2 kepada Bournemouth dalam aksi di Stadium Emirates, awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, The Cherres terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Eli Junior Crobe pada minit ke-17.
Bagaimanapun, The Gunners berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 apabila Victor Gyokeres tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena pertahanan lawan, Ryan Christie.
Bersambung babak kedua, Arsenal yang dikendalikan Mikel Arteta dilihat gagal meningkat mutu permainan khususnya jentera serangan diketuai Gyokeres agak tumpul.
Bournemouth memastikan tiga mata berharga menjadi milik mereka menerusi jaringan padu Alex Scott pada minit ke-74 dengan keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat.
Kekalahan itu menyaksikan Arsenal kekal dengan 70 mata selepas 32 perlawanan, sekali gus membuka ruang buat pencabar terdekat, Manchester City untuk merapatkan jurang.


