Sandakan antara lokasi utama terima manfaat PEKB 2026

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata beliau amat berbesar hati kerana Sandakan terpilih sebagai antara lokasi utama yang mendapat manfaat daripada Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2026 oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurutnya, daripada 114 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara yang memohon, hanya 28 yang terpilih dan empat daripadanya adalah NGO yang berlokaliti di negeri Sabah.

“Pemilihan ini merupakan pengiktirafan jelas terhadap potensi dan daya saing warga Sabah. Syabas saya ucapkan kepada NGO yang terpilih.

“Mari kita gunakan peluang emas ini untuk memperkasakan ekonomi komuniti kita,” katanya semasa berucap pada Majlis penutup Kursus Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2026, di Pavilion Hotel, Sandakan, di sini, pada Ahad.

Menurut Vivian,sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan PEKB tahun ini.

“Melalui peruntukan tersebut, seramai 1,100 Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada kategori e-Kasih serta B40 akan dilatih untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masing-masing.


“Program ini menyediakan latihan dalam pelbagai bidang kemahiran seperti servis pembaikan peralatan, makanan dan minuman serta ‘mobile fast byphotography’.

“Namun, ini bukan sekadar kemahiran teknikal; ia adalah instrumen untuk kelangsungan hidup, pertumbuhan dan kemakmuran masa hadapan,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa melalui modul-modul seperti Pembangunan Minda Insan, Celik Kewangan dan Program Bina Upaya, para peserta bukan sahaja menimba ilmu teknikal malah mereka telah menemui potensi diri dan memperkukuh keyakinan untuk meneroka dunia keusahawanan.

“Pendekatan holistik ini memastikan kita tidak hanya melatih kemahiran tangan, tetapi turut membentuk minda dan memupuk semangat juang yang tinggi
.

“Impak program tersebut amat jelas dengan penetapan KPI bagi memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus peserta menjana pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM815 dalam tempoh enam bulan.

“Program ini menyumbang secara langsung kepada pengurangan kadar kemiskinan. Ia adalah usaha murni untuk memberi peluang kepada setiap keluarga hidup dengan maruah, kestabilan dan harapan baharu,” jelasnya.

Beliau turut memuji keberanian dan komitmen para peserta yang disifatkan sebagai nadi kepada inisiatif tersebut serta menggesa mereka memanfaatkan kemahiran baharu untuk masa depan keluarga yang lebih baik.

Selain itu, beliau merakamkan penghargaan kepada SWEPA, CAL Computer serta semua tenaga pengajar atas dedikasi dalam menjayakan program berkenaan.

Vivian juga mengucapkan terima kasih kepada KPKT kerana sentiasa meletakkan Sandakan dalam radar pembangunan kementerian.

“Marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga membasmi kemiskinan dengan melahirkan lebih ramai usahawan sara diri yang kompeten.

“Program tersebut bukan pengakhiran, sebaliknya titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cerah dalam membina Sandakan yang lebih maju dan Malaysia yang lebih kukuh.

“Tahniah sekali lagi kepada semua peserta dan penganjur. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi asas kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

MUKAH – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah bakal menghimpunkan 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang penganjurannya di Dataran Pehin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan