RM3.5 juta insentif galak pensijilan MSPO dalam kalangan peniaga sawit

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan insentif berjumlah RM3.5 juta bagi menggalakkan peniaga buah sawit mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai usaha memperkukuh kemampanan industri itu.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, langkah berkenaan bertujuan membantu peniaga memenuhi keperluan pematuhan semasa serta meningkatkan daya tahan rantaian bekalan sawit negara.

Beliau berkata, lebih 3,000 peniaga buah sawit di seluruh negara dijangka layak menerima manfaat daripada insentif berkenaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Permohonan bagi insentif ini boleh dikemukakan kepada MSPO mulai 15 April ini melalui sistem e-MSPO,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif itu juga sejajar dengan usaha memperkukuh pelaksanaan MSPO 2.0 secara menyeluruh, selain menyokong agenda negara dalam memastikan industri sawit berkembang secara mampan dan bertanggungjawab.

Noraini berkata, inisiatif itu dijangka dapat memperluas penyertaan peniaga dalam pensijilan MSPO, sekali gus memperkukuh keseluruhan ekosistem rantaian bekalan sawit.

“Kerajaan akan terus mengambil pendekatan bertanggungjawab dan berfokus bagi memastikan industri sawit negara kekal stabil, berdaya saing serta diyakini pasaran,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan setiap langkah yang diambil perlu memberi manfaat langsung kepada pemain industri, khususnya yang terlibat dalam rantaian bekalan sawit.

“Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat serta memperkukuh keyakinan terhadap sektor sawit negara di pasaran domestik dan antarabangsa,” katanya.

Related Posts

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

AYER KEROH –  PKR mampu mencipta satu lagi kejutan politik pada 2028 berdasarkan sejarah perjuangan parti itu yang menyaksikan perubahan besar berlaku dalam tempoh setiap 10 tahun. Ketua Angkatan Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

AYER KEROH – PKR memberi peringatan terbuka kepada mana-mana pihak agar tidak tergesa-gesa memasang angan-angan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara ketika kerajaan semasa sedang giat memulihkan negara. Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?