Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan di Pameran Pendidikan Miri

MIRI – Pameran Pendidikan dan Kerjaya Datuk Sebastian kembali untuk edisi kelima tahun ini dengan menawarkan lebih 300 peluang pekerjaan kepada pengunjung.

Program yang berlangsung bermula Jumaat hingga 12 April di Stadium Tertutup Miri itu menghimpunkan pelbagai institusi pendidikan serta pemain industri.

Ia sekali gus dilihat sebagai platform strategik dalam membantu pelajar dan pencari kerja membuat pilihan lebih tepat berkaitan hala tuju masa depan mereka.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, penganjuran program berkenaan bukan sahaja membuka ruang kerjaya, malah memberi pendedahan menyeluruh mengenai laluan pendidikan selari dengan keperluan industri semasa.

“Penyertaan 40 institusi pendidikan bersama 20 syarikat dalam pameran kali ini mencerminkan kerjasama erat antara sektor pendidikan dan industri dalam usaha membangunkan tenaga kerja berdaya saing.

“Pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat berkaitan kursus dan peluang melanjutkan pengajian, malah turut didedahkan dengan pelbagai bentuk bantuan seperti biasiswa, pinjaman pendidikan dan sokongan kewangan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pameran tersebut pada Jumaat.

Selain itu, pameran turut diisi dengan pelbagai sesi ceramah dan perkongsian oleh pihak industri yang memberi gambaran sebenar mengenai kehendak pasaran kerja masa kini, bagi membantu peserta merancang kerjaya dengan lebih tersusun.

Pelbagai agensi berkaitan pendidikan dan kewangan juga mengambil bahagian dengan menyediakan khidmat nasihat secara terus kepada pelajar dan ibu bapa, khususnya dalam aspek pembiayaan pengajian.

Dalam pada itu, orang ramai turut berpeluang menikmati Program Jualan Rahmah yang diadakan pada Sabtu (11 April) di kawasan tempat letak kereta stadium berkenaan sebagai inisiatif membantu meringankan kos sara hidup.

Penganjuran pameran ini dijangka terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan modal insan di Sarawak, di samping menjadi jambatan penghubung antara pendidikan dan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014