RM850,000 naik taraf Taman Awam Miri, kemudahan Taman Negara Niah

MIRI – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meluluskan peruntukan berjumlah RM850,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf Taman Awam Miri dan kemudahan akses ke Taman Negara Niah.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM430,000 diperuntukkan khusus bagi menaik taraf menara pemerhatian di Taman Awam Miri.

Menurutnya, kerja naik taraf itu melibatkan pengukuhan struktur menggunakan komponen keluli, pelarasan struktur serta pemasangan plat pengukuh.

“Selain itu, lantai kayu yang sedia ada akan diganti dan ciri keselamatan seperti pagar, susur tangan serta bumbung turut dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan pengunjung.

“Taman Awam Miri merupakan kawasan rekreasi penting kepada komuniti setempat dan juga tarikan pelancongan. Justeru, aspek keselamatan dan penyelenggaraan perlu diberi perhatian serius,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Choon Man memberitahu, projek naik taraf tersebut dijangka bermula dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan MOTAC turut meluluskan RM420,000 bagi pembinaan dan naik taraf jambatan serta laluan pejalan kaki di Homestay Patrick Libau, Sungai Tangap, Niah.

Ujarnya, peruntukan tersebut akan digunakan untuk membina jambatan dan laluan pejalan kaki menggunakan kayu belian selain kerja-kerja penyelenggaraan tandas di inap desa berkenaan.

“Projek ini dijangka menyediakan laluan alternatif ke Taman Negara Niah, sekali gus meningkatkan aksesibiliti dan menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan berkenaan,” tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada MOTAC atas kelulusan peruntukan tersebut demi manfaat komuniti setempat dan pelawat antarabangsa.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula