Miliki 570 sisik penyu, warga emas dipenjara 3 tahun

TAWAU – Mahkamah Sesyen pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang lelaki warga emas selepas didapati bersalah memiliki 570 keping sisik penyu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya sebaik warga asing berumur 65 tahun berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 9.05 pagi pada 15 November tahun lalu di sebuah premis di Bandar Semporna, Jalan Datu Jakarullah.

Tertuduh didapati memiliki 570 keping sisik penyu daripada spesies Eretmochelys imbricata yang merupakan haiwan dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah subseksyen 41(1) enakmen berkenaan yang boleh dihukum di bawah subseksyen 41(4) serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, peruntukan berkenaan membawa hukuman denda antara RM50,000 hingga RM250,000 serta penjara minimum satu tahun dan maksimum lima tahun.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap tertuduh selain merintahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Primus Lambut manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa