Krisis tenaga global: KePKAS kaji bantuan kepada pemain industri pelancongan

TAWAU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) sedang mengkaji bentuk bantuan yang bersesuaian kepada pemain industri pelancongan sekiranya krisis tenaga global berpanjangan.

Pembantu Menteri, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperincikan cadangan bantuan terbabit.

“Kita perlu bersiap sedia di peringkat Kerajaan Negeri mahupun KePKAS bermula dari sekarang dan kemungkinan bentuk bantuan seperti COVID-19 iaitu ‘one-off’ dari segi kewangan.

“Ataupun kita cuba berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk memohon peningkatan subsidi minyak itu sendiri kepada pemain industri bergantung kepada situasi semasanya,” ujarnya kepada media pada Festival Makanan Tradisi Tawau dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan terbuka SMJ Tanjung Batu Darat, di sini, pada Ahad.

Shamsureezal yang juga ADUN Tanjung Batu berkata, setakat ini jumlah pemain industri yang terkesan masih belum dapat dikenal pasti sepenuhnya memandangkan subsidi masih berjalan dan harga petrol di Sabah kekal stabil seperti biasa.

“Jadi, kesannya kepada mereka (pemain industri pelancongan) masih belum begitu dirasai.

“Namun, kita bimbang jika krisis ini berpanjangan, maka kita perlu membuat persediaan awal,” ujarnya.

Kira-kira 10,000 pengunjung hadir membanjiri festival itu yang menyediakan 40 vendor makanan dan minuman tradisi komuniti di negeri ini.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar