Seleweng 1,000 liter diesel ke tong dram, dua lelaki ditahan KPDN

LAHAD DATU – Kegiatan dua lelaki menyeleweng 1,000 liter minyak diesel ke dalam tong dram menggunakan dua buah kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak berjaya ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Lahad Datu, pada Ahad.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Lahad Datu, Azizul Amran berkata, kedua-dua lelaki berumur 20-an itu ditahan menerusi Ops Tiris 4.0 yang memberi fokus pematuhan larangan penjualan petrol RON95 serta memantau aktiviti di stesen minyak sekitar daerah berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit kebenaran bagi pengisian diesel tersebut.

“Susulan itu, kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Tambah Azizul, selain bahan bakar itu, pihaknya turut merampas dua pacuan empat roda berkenaan dengan anggaran rampasan sebanyak RM117,150.

“KPDN akan terus mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan di daerah ini.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti seumpama itu melalui saluran rasmi KPDN,” kongsinya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu