Dua termasuk pengarah urusan syarikat ditahan SPRM

PENGARAH urusan sebuah syarikat antaran dua lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.

Rasuah itu diminta dan diterima daripada pengarah syarikat pembekal pasir, sebagai balasan tidak melaporkan perbuatan rasuah syarikat terbabit kepada SPRM.

Selain pengarah urusan syarikat itu, seorang lagi yang ditahan membabitkan individu tidak bekerja yang disyaki suspek utama, lapor Berita Harian.

Menurut sumber, kedua-dua mereka berusia lingkungan 50-an itu ditahan secara berasingan antara jam 2 petang dan 8 malam semalam di sebuah restoran sekitar Pulau Pinang dan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka melakukan perbuatan itu pada Mac lalu.

“Semalam suspek utama ditahan melalui satu operasi khas dijalankan Bahagian Perisikan SPRM di sebuah restoran di mana tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta diserahkan kepadanya,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, suspek utama turut disyaki mengugut untuk membuat laporan kepada SPRM sekiranya wang diminta tidak dibayar.

Susulan tangkapan itu, katanya SPRM menyita beberapa barangan seperti tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta dan empat unit telefon bimbit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek itu.

“Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan setakat ini seorang saksi sudah diambil keterangan,” katanya.

Related Posts

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya mematuhi tempoh berkempen yang berakhir pada jam 11.59…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, serangan pembangkang terhadap Kerajaan MADANI lebih banyak bersandarkan persepsi berbanding fakta kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur  JIM

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Sibu bakal melalui transformasi menyeluruh dalam tempoh dua dekad – Premier Sarawak

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Bot nelayan ditahan selepas ceroboh zon larangan, rampasan RM450,000

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji

Belia pencetus idea, pemimpin komuniti dan rakan strategik pembangunan Sabah – Hajiji