BDR sektor awam langkah strategik hadapi krisis tenaga

PELAKSANAAN bekerja dari rumah (BDR) dalam sektor awam yang diumumkan kerajaan perlu dilihat sebagai langkah strategik bagi menghadapi cabaran tenaga semasa, bukannya dijadikan bahan sindiran atau spekulasi.

Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, pendekatan itu bukan bermaksud semua jabatan kerajaan atau semua penjawat awam akan bekerja sepenuhnya dari rumah.

Menurutnya, pelaksanaan BDR hanya akan melibatkan jabatan, skop tugas dan kakitangan tertentu yang sesuai, manakala sektor yang memerlukan kehadiran fizikal tetap beroperasi seperti biasa.

“Contohnya, doktor dan jururawat yang merawat pesakit akan terus bekerja di hospital dan klinik, manakala pengawal keselamatan pula perlu berada di premis yang dijaga mengikut jadual kerja mereka.

“Semua ini akan diperinci dalam pekeliling atau surat pentadbiran nanti, itu yang dimaksudkan oleh PMX,” katanya ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai pelaksanaan BDR sebagai salah satu langkah menghadapi cabaran semasa.

Beliau berkata, semua mekanisme pelaksanaan termasuk kriteria jabatan dan kakitangan yang terlibat dijangka diperincikan melalui pekeliling atau surat pentadbiran kerajaan kelak.

Mohd Yusri berkata, dakwaan bahawa produktiviti penjawat awam akan merosot jika bekerja dari rumah juga tidak semestinya tepat kerana prestasi kerja lebih bergantung kepada disiplin individu serta sistem pemantauan yang berkesan.

“Jika terdapat segelintir kakitangan awam yang tidak menunjukkan prestasi baik, itu adalah isu individu dan bukannya berkait dengan lokasi mereka bekerja.

“Bagi yang normal, mereka akan ‘perform’ seperti biasa, pegawai pengawal akan pastikan semua senarai kerja dilakukan dengan baik dan sempurna,” katanya.

Beliau turut merujuk pengalaman ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini apabila sebahagian kakitangan akademik berjaya meningkatkan produktiviti penerbitan ilmiah walaupun bekerja dari rumah.

Katanya, keadaan itu membuktikan bahawa BDR mampu dilaksanakan dengan berkesan sekiranya pengurusan kerja dilakukan secara sistematik dan terancang.

“Polisi kerja dari rumah ini bagi saya inisiatif baik kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga dan berjimat sumber tenaga dalam krisis yang tidak menentu ini,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan itu juga lebih konstruktif berbanding aktiviti yang boleh meningkatkan penggunaan tenaga secara tidak perlu, khususnya dalam keadaan semasa yang menuntut kepekaan semua pihak terhadap penggunaan sumber.

Terdahulu, Anwar mengumumkan dasar bekerja dari rumah BDR membabitkan sektor awam, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan berkuat kuasa mulai 15 April ini sebagai langkah awal kerajaan berdepan impak krisis tenaga global.

Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh bagi memastikan keselamatan tenaga negara terus terjamin, selain melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga secara mendadak.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman