Pasangan suami isteri muda edar syabu 510kg dituduh

KANGAR – Satu pasangan suami isteri muda bersama seorang lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 510 kilogram di Wang Kelian, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Amir Aswad Ismail, 27, dan isterinya, Nur Atiqa Anis Ramadha Abdullah, 24, serta seorang lagi individu, Mohd Rizuan Ramli, 37, bagaimanapun tidak membuat pengakuan, sebaliknya hanya mengakui faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mengedar methamphetamine seberat 510,000 gram di jalan utama berhampiran persimpangan mini tar pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) Wang Kelian, Jalan Wang Kelian, Kaki Bukit dekat Padang Besar kira-kira pukul 9.30 pagi pada 24 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum gantung, dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam Nur Iman Nor Azmi.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 Julai depan bagi mendapatkan laporan kimia.

Baru-baru ini TMP melaporkan polis menumpaskan satu sindiket pengedaran syabu dengan menahan lima suspek termasuk seorang wanita dan merampas sejumlah 510kg syabu bernilai RM25.5 juta di Wang Kelian dekat sempadan Malaysia-Thailand.

Related Posts

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan kadar baharu air di negeri ini bermula 1 Julai depan, dengan kenaikan tarif air 8.5 peratus bagi pengguna domestik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

MARANG – Seorang lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Kuala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian