KPDN Pulau Pinang rekod lapan kes seleweng diesel sejak Januari

BUTTERWORTH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merekodkan lapan kes penyelewengan diesel dengan lima tangkapan membabitkan pemandu lori warga tempatan di stor haram sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) sejak Januari lalu.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata, kesemua tangkapan tersebut membabitkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM415,877.95.

Menurutnya, semua kes berkenaan kini masih dalam peringkat siasatan dan pendakwaan.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 215 stesen minyak di seluruh negeri telah diperiksa sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi mengekang ketirisan subsidi bahan api,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Sesi Walkabout dan Pemantauan Pelaksanaan Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan (Petrol RON95) 2026 di Stesen Petronas Sungai Dua (arah selatan) Pulau Pinang di sini.

Mengulas lanjut, Jegan berkata, bermula Rabu, larangan penjualan dan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing telah dikuatkuasakan sepenuhnya selaras dengan pelaksanaan Op Tiris 4.0.

Katanya, sejak pelaksanaan dasar tersebut, sebanyak 126 stesen minyak telah dipantau dalam tempoh dua hari bagi memastikan tahap pematuhan berada pada tahap tinggi.

“Penguatkuasaan ini dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991 dan sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi,” ujarnya.

Tambah beliau, pemeriksaan yang dilaksanakan turut melibatkan penelitian dokumen serta analisis corak penjualan termasuk transaksi berulang bagi mengesan sebarang unsur penyelewengan atau aktiviti mencurigakan.

Dalam pada itu, Jegan berkata, pihaknya turut menerima empat aduan awam berkaitan penjualan bahan api bersubsidi sepanjang pelaksanaan Op Tiris 4.0.

“Daripada jumlah itu, dua aduan melibatkan pengisian petrol RON99 ke dalam tong didapati tidak menjadi kesalahan kerana melibatkan pengurusan nelayan yang mempunyai kebenaran.

“Dua lagi aduan berkaitan aktiviti mencurigakan di stesen minyak yang mana satu kes didapati tidak berasas kerana melibatkan lori berlesen manakala satu lagi masih dalam siasatan lanjut,” katanya.

Beliau menambah, pengusaha stesen minyak bertanggungjawab memastikan hanya kenderaan tempatan dibenarkan mengisi petrol RON95 selain mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan.

“Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah diambil terhadap pihak terlibat,” katanya lagi.

Dalam usaha memperkukuh penguatkuasaan, beliau berkata, lebih 130 anggota penguat kuasa telah digerakkan selain dibantu pegawai pemantau harga yang bertugas secara menyamar di lapangan.

Menurutnya, rondaan, risikan dan operasi bersepadu bersama agensi lain turut dipertingkatkan khususnya di kawasan sempadan bagi memastikan bekalan bahan api bersubsidi tidak diseleweng.

“Saya meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan terus kepada saluran rasmi KPDN seperti e-Portal Aduan, talian hotline dan aplikasi Ez ADU, berbanding menyebarkannya di media sosial.

“Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan subsidi bahan api terus dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak,” katanya.

Terdahulu, tiga dasar baharu yang mengawal selia penjualan petrol RON95 dan diesel mula berkuat kuasa pada Rabu, sekali gus menandakan permulaan penguatkuasaan lebih ketat di seluruh negara bagi mengekang ketirisan subsidi serta kegiatan penyeludupan bahan api.

Antara peraturan yang dilaksanakan termasuk larangan pembelian RON95 oleh kenderaan asing selain sekatan penggunaan kad kredit dan debit antarabangsa di terminal pam layan diri bagi memastikan bahan api bersubsidi hanya dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat