Krisis MCA-BN buka ruang PH tonjol kekuatan politik majmuk – Penganalisis

RASA tidak puas hati MCA terhadap pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh menjejaskan keyakinan pengundi bukan Melayu terhadap gabungan itu, sekali gus membuka ruang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menonjolkan kekuatan politik berteraskan kepelbagaian kaum.

Profesor Kehormat (Sains Politik) Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, pertikaian itu menimbulkan persoalan mengenai komitmen BN terhadap prinsip perkongsian kuasa antara kaum yang menjadi asas pembentukan gabungan berkenaan.

Ahmad Fauzi berkata, jika kerusi yang tidak dimenangi UMNO diberikan kepada Pas berbanding MCA, keadaan itu boleh menimbulkan persoalan mengenai kedudukan parti komponen bukan Melayu dalam BN.

“Mana kesepakatan kaum ini? Sedangkan kita tahu Melaka ini sebuah negeri yang komposisi kaumnya bukan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah. Dia lebih seimbang,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Isnin.

Beliau berkata, keadaan itu berisiko melunturkan imej BN sebagai gabungan yang memperjuangkan kepelbagaian kaum, terutama di negeri yang mempunyai komposisi penduduk lebih seimbang.

“Maksudnya telah luntur imej ataupun kedudukan BN itu sebagai parti yang memperjuangkan kepelbagaian kaum,” katanya.

Menurutnya, perkembangan berkenaan membuka ruang kepada PH untuk mengetengahkan pendekatan politik yang menekankan kepentingan masyarakat majmuk dan perwakilan pelbagai kaum.

“PH mempunyai peluang sebenarnya, terutama dari sudut kepentingan kepelbagaian kaum,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata, PH perlu memastikan prinsip kepelbagaian itu diterjemahkan melalui pemilihan calon dan perwakilan dalam pentadbiran negeri, bukan sekadar dijadikan slogan politik.

Beliau berkata, kecenderungan BN yang dilihat bergerak lebih ke kanan dengan menekankan elemen kemelayuan juga boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengundi bukan Melayu serta pengundi Melayu bandar yang mengutamakan keharmonian masyarakat.

“Kita naklah supaya nanti pemilihan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ini memang ada wakil daripada kaum-kaum lain,” katanya.

Menurutnya, PRN Melaka menjadi medan untuk menilai sejauh mana parti politik mempertahankan prinsip kepelbagaian kaum, selain pendekatan yang ingin dibawa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Terdahulu, isu itu tercetus selepas MCA membantah pengumuman calon BN bagi PRN Melaka tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi parti.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MCA tidak dimaklumkan lebih awal bahawa majlis BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu akan membabitkan pengumuman calon.

Wee turut mendakwa rundingan pembahagian kerusi belum dimuktamadkan, termasuk membabitkan dua kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA dan beliau menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf calon yang diumumkan tanpa persetujuan kepimpinan tertingginya.

MCA sebelum ini bertanding di tujuh kerusi pada PRN Melaka 2021, tetapi BN mengumumkan hanya dua calon MCA bagi pilihan raya kali ini. Naib Presiden MCA, Datuk Lawrence Low Ah Keong, turut berkata parti itu mahu mempertahankan dua kerusi yang dimenangi dan menambah dua lagi kerusi tradisinya untuk ditandingi.

Related Posts

‘Track record’ pentadbiran Adly Zahari peluang PH raih sokongan PRN Melaka

PAKATAN Harapan (PH) berpeluang mencerahkan prospek kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya memanfaatkan rekod pentadbiran cemerlang bekas Ketua Menteri, Adly Zahari, di samping mengekalkan naratif kepelbagaian kaum. Profesor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mukhlis Mubin lambang pembaharuan politik PH, bawa suara anak muda – Penganalisis

LANGKAH Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan calon termuda, Mukhlis Mubin, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi mencerminkan komitmen positif gabungan itu dalam mengetengahkan wawasan kepimpinan segar dan berorientasikan masa hadapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

  • By Ezmie
  • October 26, 2026
Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Khidmat RORO Kuantan-Kuching hanya 43 jam

Khidmat RORO Kuantan-Kuching hanya 43 jam

Krisis MCA-BN buka ruang PH tonjol kekuatan politik majmuk – Penganalisis

Krisis MCA-BN buka ruang PH tonjol kekuatan politik majmuk – Penganalisis

30 penjaja Perlis terima faedah Perkeso lebih RM60,000

30 penjaja Perlis terima faedah Perkeso lebih RM60,000

Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026

Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026