Graduan gaji RM3,000 ke bawah nikmati kelonggaran bayaran balik PTPTN

KUALA LUMPUR – Graduan berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM3,000 hanya perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada kadar minimum RM50 sebulan menerusi kelonggaran yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2027.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam, sekali gus membantu meringankan beban kewangan graduan yang baru memulakan kerjaya.

Menurutnya, graduan berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan pula diberikan penangguhan bayaran balik sehingga pendapatan mereka mencapai ambang yang ditetapkan.

Beliau berkata, langkah itu merupakan antara pendekatan yang dibincangkan sejak sekian lama bagi menangani kebimbangan graduan terhadap komitmen pembayaran balik pinjaman pendidikan.

“Keresahan ini boleh ditangani dengan cara ini, yang paling berkesan buat masa sekarang. Ini adalah antara perkara yang sudah bertahun-tahun sebenarnya dibincangkan, diwacanakan dan sekarang kita boleh, insya-Allah laksanakan menerusi Belanjawan 2027,” katanya dalam temu bual bersama sebuah stesen radio tempatan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Adam Adli berkata, inisiatif Dapur Siswa MADANI yang menyediakan kemudahan memasak secara berpusat di kampus akan diperluas ke politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun hadapan bagi membantu menangani kos sara hidup mahasiswa.

Katanya, sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi membekalkan bahan makanan dan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur dan sardin kepada dapur berkenaan.

Melalui inisiatif itu, pelajar boleh menggunakan bekalan yang disediakan untuk memasak secara individu atau berkumpulan, dengan perancangan dibuat bersama persatuan pelajar atau pengurus dapur bagi mengawal perbelanjaan makanan.

“Pelajar boleh menggunakan bekalan itu untuk memasak sendiri atau secara berkumpulan, dengan perancangan dibuat bersama-sama persatuan pelajar atau pengurus dapur bagi membantu mengawal perbelanjaan makanan,” katanya.

Bagi meringankan kos pengangkutan pula, beliau berkata, pas My50 akan diteruskan, manakala MyKomuter50 turut diperkenalkan untuk pengguna perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), termasuk mahasiswa yang menggunakannya bagi perjalanan harian.

Selain itu, kadar bantuan FlySiswa dinaikkan daripada RM400 kepada RM500 setahun bagi setiap pelajar yang layak untuk pembelian tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak bagi tujuan berkaitan pengajian.

Related Posts

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan platform media sosial gagal menghalang penstriman langsung insiden serangan terhadap seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi