Representasi gagal, RoS batalkan pendaftaran PN

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu didapati tidak dapat menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Menerusi kenyataan, RoS memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.

Menurut jabatan itu, pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu sebelum mendapati alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran gabungan berkenaan.

“Alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas-asas pembatalan pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam notis tersebut serta tidak memberikan justifikasi yang kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Terdahulu, kedudukan PN sebagai sebuah gabungan politik menerima notis bertarikh 22 September daripada RoS yang memberi tempoh 30 hari kepada Pengerusi PN untuk mengemukakan representasi.

Keratan sama turut mendakwa satu perintah bertulis bertarikh 23 September 2026 dikeluarkan bagi menggantung semua aktiviti dan penggunaan nama PN, selaras dengan Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] berkuat kuasa serta-merta.

Hal itu berlaku ketika PN berdepan kemelut dalaman susulan aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada RoS berkaitan kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan.

RoS sebelum ini mengesahkan menerima aduan rasmi Bersatu pada 11 Ogos lalu antaranya berkaitan dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai dan isu status keanggotaannya dalam gabungan tersebut.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini  turut meminta RoS membuat keputusan segera terhadap aduan yang dikemukakan parti itu, termasuk dakwaan lapan perkara yang didakwa dilanggar pimpinan PN.

Related Posts

Akmal pengecut jika lari dari Merlimau

PRESIDEN Parti Perkasa Bumiputera Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali menemplak Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh sebagai pengecut seandainya tidak berani mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas hipokrit, laung penyatuan ummah tetapi cetus perpecahan Melayu – Ibrahim Ali

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan Pas dilihat bercanggah dengan tindakan parti itu sendiri apabila hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) retak, manakala Perikatan Nasional (PN) kini berdepan kemelut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal