Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

KUANTAN – Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan selepas polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian menerusi lima operasi berasingan di Kuantan dan Genting Highlands, Bentong antara 6 hingga 14 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, sindiket berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pelaburan dalam talian, ‘love scam’ dan tawaran pekerjaan sambilan palsu dengan menyasarkan mangsa dari China, Eropah serta Amerika Syarikat.

“Dalam operasi pertama di Sungai Lembing pada 6 Oktober lalu, polis menahan lima suspek terdiri daripada tiga lelaki warga China, seorang lelaki warga India dan seorang wanita warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan dalam talian.

“Pada keesokannya, tujuh lelaki warga China ditahan di Kuantan dalam operasi berkaitan penipuan pelaburan dalam talian,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Menurutnya, lapan lagi suspek ditahan di Kuantan pada 12 Oktober lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan love scam.

Beliau berkata, empat lelaki warga China turut ditahan pada 13 Oktober dalam operasi berasingan yang membabitkan modus operandi sama.

Dalam operasi terakhir pada 14 Oktober, tujuh lelaki warga China ditahan di Genting Highlands, Bentong kerana disyaki terlibat dalam penipuan tawaran pekerjaan sambilan menerusi platform Amazon.

Azry Akmar berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti penipuan tersebut.

“Antara barangan yang dirampas ialah komputer, komputer riba, telefon bimbit, tablet, modem dan router selain wang tunai berjumlah RM4,850.

“Siasatan awal mendapati kegiatan itu dijalankan secara terancang dengan setiap ahli mempunyai peranan tertentu,” katanya.

Menurut beliau, sindiket berkenaan menggunakan akaun media sosial palsu, aplikasi komunikasi dan rangkaian internet bagi memperdaya mangsa serta menyembunyikan identiti sebenar mereka.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan serta peruntukan berkaitan di bawah Akta Imigresen.

Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu, ejen hartanah, pemilik premis atau pemilik bangunan yang disyaki mempunyai kaitan, membantu atau bersekongkol dengan sindiket berkenaan.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap mana-mana pihak yang disyaki terbabit dan tindakan undang-undang termasuk pertuduhan di mahkamah akan diambil sekiranya terdapat bukti mencukupi,” katanya.

Related Posts

Sabah perkenal bon 10 peratus elak induk ternakan dijual terlalu awal

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan sistem bon ternakan bernilai 10 peratus daripada harga ternakan bagi memastikan penternak tidak menjual induk lembu dan kambing terlalu awal, sekali gus meningkatkan populasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ Sabah teliti aspek keselamatan susulan kemalangan maut di Sepanggar

KOTA KINABALU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah terus meneliti isu keselamatan serta langkah penambahbaikan dan tindakan susulan bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan Sepanggar. Pengarahnya, Datuk Mohd Harris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal