PH boleh menang PRN Melaka

TIDAK ada kepastian mutlak dalam politik. Segalanya bersifat pragmatik dan mampu berubah dalam sekelip mata. Keputusan hanya sahih selepas proses pembuangan undi dan keputusan diumumkan.

Di atas kertas, BN sememangnya mempunyai kelebihan untuk mempertahankan Melaka, tetapi mengatakan PH tidak ada peluang juga merupakan keyakinan tanpa asas.

Pada PRN 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi DUN, PH lima kerusi dan PPBM dua kerusi. 

Namun, dari sudut undi popular, BN memperoleh sekitar 38.4%, PH 35.8% dan PN (PPBM & PAS) 24.3%. Jurang antara BN dengan PH hanya sekitar 2.6 mata peratusan.

PN pula kini sedang berhadapan krisis perpecahan dalaman, perpecahan antara PPBM dan PAS. 

PAS lebih condong untuk membentuk kerjasama dengan BN, manakala PPBM pula berkemungkinan akan membentuk koliasi politik baharu sama ada bersama PH atau pakatan lain.

Walaupun PPBM kalah pada PRN Melaka, namun PN hanya pernah mendominasi PRU di bawah kepimpinan Presiden PPBM, kepimpinan PN di bawah DS Samsuri belum teruji.

Angka pada undi popular menunjukkan bahawa walaupun jurang kerusi sememangnya besar, namun persaingan undi popular antara BN dengan PH agak sengit. 

Dalam sistem first-past-the-post, peralihan sokongan di beberapa kerusi marginal boleh mengubah keputusan dengan ketara. 

Pada PRN Melaka 2021, terdapat lapan kerusi DUN yang PH kalah dengan majoriti di bawah 1000 undi, iaitu N.15 Pengkalan Batu (kalah 131 undi ),

N.21 Duyong (kalah 200 undi), N.13 Paya Rumput (kalah 629 undi), N.07 Gadek (kalah 559 undi) 

N.09 Durian Tunggal (kalah 559 undi), N.06 Rembia ( kalah 860 undi ), N.08 Machap Jaya (kalah 938 undi) dan N.14 Kelebang (kalah 876 undi).

PH perlu memperkemas jantera dan mempertahankan kekuatan di kawasan bandar dan separa bandar, di samping menembusi kawasan majoriti Melayu selain menampilkan calon ‘boleh menang’.

Kegagalan kerjasama BN-PN yang masih gagal menyelesaikan krisis Beraja di Negeri Sembilan di pasca PRN walaupun menang majoriti 2/3 perlu dimanfaatkan semasa kempen.

Walhal, penyelesaian kepada krisis tersebut menjadi modal kempen terbesar BN-PN, selain dominasi momokan ketakutan orang Melayu terhadap DAP.

Isu kos sara hidup, pekerjaan, perumahan dan mutu pentadbiran perlu menjadi keutamaan, bukan sekadar bergantung pada populariti pemimpin nasional.

Faktor calon dan kerjasama politik juga sangat penting. PH dijangka menyasarkan sekurang-kurangnya 20 kerusi, 9 untuk PKR, cukup untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah (15 kerusi ialah majoriti mudah).

Jika pengagihan kerusi dan strategi kempen tersusun, peluang memenangi kerusi tambahan terbuka dengan peluang yang cerah.

Secara ringkasnya, PH mempunyai peluang yang berasas untuk mencabar dominasi BN di Melaka.

Walaubagaimanapun, keputusan sebenar tetap bergantung pada calon, isu rakyat, kerjasama politik, taburan undi dan kadar keluar mengundi.

Politik bukan sekadar matematik. Angka-angka di atas kertas menunjukkan potensi, tetapi strategi dan keyakinan rakyat menentukan hasilnya. 

Jika PH berjaya menterjemahkan potensi itu kepada sokongan sebenar di peti undi, PRN Melaka boleh menjadi lebih kompetitif daripada yang digambarkan oleh jumlah kerusi terdahulu.

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000