Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

BALI – Malaysia dan Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama antara agensi bagi menangani isu keselamatan dalam talian kanak-kanak, dengan pertemuan bersama Singapura dirancang pada Disember ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerjasama tiga negara itu diharap dapat membuka ruang kepada lebih banyak negara ASEAN untuk turut serta dalam usaha mempertingkat keselamatan kanak-kanak di ruang digital.

Beliau berkata, isu berkenaan memerlukan perhatian bersama, meskipun setiap negara mempunyai undang-undang dan pendekatan pelaksanaan yang berbeza.

“Kita berusaha mengadakan pertemuan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Singapura, insya-Allah pada Disember ini sekiranya kelapangan (waktu) mengizinkan,” katanya kepada BERNAMA selepas pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Meutya Hafid, di sini hari ini.

Fahmi berkata, ketiga-tiga negara bukan sahaja mempunyai dasar yang seiring, malah berpotensi menyelaraskan mekanisme pelaksanaan bagi menangani isu keselamatan dalam talian.

“Kita bukan sekadar mempunyai dasar yang seiring, tetapi juga mungkin beberapa mekanisme yang hampir serupa, walaupun tidak semestinya sama sepenuhnya,” katanya.

Beliau turut menyambut baik hasrat Meutya untuk mempererat kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia.

Katanya, pengalaman MCMC dalam mengendalikan aduan orang ramai berkaitan media sosial boleh dimanfaatkan pihak berkuasa Indonesia bagi memperkukuh usaha menangani isu berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pembangunan Digital dan Penerangan Singapura, Josephine Teo, berkata beliau bertukar pandangan dengan Fahmi mengenai perkembangan sektor telekomunikasi kedua-dua negara ketika bertemu secara kebetulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, semalam.

Pertemuan itu berlangsung ketika Fahmi tiba di Bali atas jemputan menyampaikan ucaptama pada Bali Tech Week 2026, manakala Teo sedang menunggu penerbangan pulang ke Singapura selepas menghadiri program berkenaan.

Menerusi hantaran di media sosial rasminya, Teo berkata, perbincangan mereka turut menyentuh komunikasi selamat kuantum (quantum-safe communications) serta keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak dan golongan muda.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk menerima kunjungan Fahmi ke Singapura dalam masa terdekat.

Related Posts

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

SEPANG – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan membuat komen bersifat jelik di Facebook terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peniaga, Muhammad Zubair…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

PUTRAJAYA – Mengapa perkataan ‘bodoh’ lebih mengundang kemarahan berbanding persoalan mengenai rasuah, integriti dan budaya mengagungkan golongan elit? Itulah persoalan yang dibangkitkan mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal