KPT sokong peluasan program undang-undang, penyelidikan di Sarawak

KUCHING – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus menyokong usaha Sarawak memperluas bidang pengajian tinggi, termasuk program undang-undang dan kerjasama penyelidikan antarabangsa bagi memenuhi keperluan pembangunan negeri.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihak kementerian telah memberikan kelulusan terhadap penawaran program undang-undang di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atas permintaan kerajaan negeri.

Menurutnya, pertimbangan itu dibuat dengan mengambil kira keperluan Sarawak dan Sabah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang perundangan, meskipun terdapat moratorium terhadap penawaran program baharu berkenaan.

Zambry berkata, KPT mengambil pendekatan menyokong permohonan yang mempunyai kepentingan kepada pembangunan negeri, khususnya dalam bidang yang memerlukan kepakaran tempatan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyentuh cadangan pembangunan pusat penyelidikan Universiti Fudan dari China di Sarawak yang telah mendapat kelulusan pada peringkat kementerian.

Menurutnya, kerjasama penyelidikan antarabangsa itu merupakan antara usaha memperluas ekosistem pendidikan tinggi serta memperkukuh pembangunan kepakaran di negeri berkenaan.

Beliau berkata, kementerian akan terus memberikan kerjasama kepada institusi pengajian tinggi yang berhasrat memperkenalkan bidang pengajian atau memperluas aktiviti penyelidikan mengikut keperluan semasa.

“Saya beri keyakinan kepada pihak berkuasa negeri, ia tidak akan terlalu lama. Kita akan proses secepat mungkin,” katanya.

Menurut Zambry, kerjasama itu turut melibatkan penyelarasan dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi memastikan program akademik yang ditawarkan mematuhi keperluan dan piawaian ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sarawak mempunyai potensi besar untuk membangunkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan teknologi tinggi berdasarkan keperluan industri yang semakin berkembang.

Beliau turut mengambil maklum permintaan industri terhadap tenaga jurutera berkemahiran, termasuk keperluan ratusan jurutera bagi beberapa sektor yang sedang berkembang di negeri ini.

Katanya, pembangunan ekosistem pendidikan tinggi yang kukuh dapat membantu kerajaan Sarawak menyediakan tenaga kerja tempatan selaras dengan keperluan industri dan hala tuju pembangunan ekonomi negeri.

Zambry menegaskan bahawa KPT akan terus bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam mempercepat proses berkaitan pengembangan program pengajian tinggi yang memenuhi keperluan serta syarat ditetapkan.

Related Posts

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

KUANTAN – Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan selepas polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian menerusi lima operasi berasingan di Kuantan dan Genting Highlands, Bentong antara 6…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perkenal bon 10 peratus elak induk ternakan dijual terlalu awal

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan sistem bon ternakan bernilai 10 peratus daripada harga ternakan bagi memastikan penternak tidak menjual induk lembu dan kambing terlalu awal, sekali gus meningkatkan populasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal