Kolej Universiti i-CATS kini diiktiraf sebagai status penuh universiti

KUCHING – Kolej Universiti i-CATS diiktiraf sebagai universiti penuh sekali gus memperkukuh usaha kerajaan Sarawak membangunkan institusi pendidikan tinggi dan modal insan berkemahiran.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penyerahan kelulusan berkenaan merupakan antara usaha kerajaan Persekutuan menyokong aspirasi Sarawak untuk memperluas peluang pendidikan tinggi selaras dengan keperluan pembangunan negeri.

Menurutnya, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memberikan sokongan kepada usaha negeri membangunkan institusi pendidikan tinggi yang mampu memenuhi keperluan tenaga kerja dan industri tempatan.

“Kerajaan sentiasa memberi dukungan kepada usaha negeri untuk menubuhkan institusi pendidikan tinggi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan kelulusan taraf universiti penuh kepada i-CATS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak,pada Selasa.

Zambry berkata, perkembangan itu membolehkan institusi berkenaan memperkukuh penawaran program akademik, khususnya dalam bidang teknologi tinggi yang menjadi antara keutamaan pembangunan Sarawak.

Menurutnya, pihak kementerian turut mengambil maklum hasrat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memastikan program pengajian yang ditawarkan seiring dengan permintaan industri.

Beliau berkata, KPT akan bekerjasama dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi menyelaraskan keperluan akademik serta memastikan program yang dirancang memenuhi piawaian ditetapkan.

Dalam pada itu, Zambry turut menyambut baik perancangan pembangunan kampus baharu i-CATS yang dijangka menyediakan kemudahan tambahan bagi menyokong pengembangan institusi berkenaan.

Menurutnya, pembangunan pendidikan tinggi penting bagi membekalkan tenaga kerja berkemahiran yang mampu memenuhi keperluan sektor ekonomi baharu, termasuk industri teknologi tinggi dan kejuruteraan.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen kepimpinan Sarawak yang memberikan penekanan kepada pembangunan pendidikan dan modal insan sebagai asas kemajuan negeri.

Sementara itu, menurut kenyataan media rasmi i-CATS, pengiktirafan berkenaan memperkukuh kedudukan institusi itu dalam menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Inisiatif itu turut menyokong usaha mempercepat pembangunan teknologi, memperkukuh keupayaan penyelidikan serta menyumbang kepada aspirasi menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak sebelum ini mengumumkan persetujuan kerajaan Persekutuan terhadap penaiktarafan i-CATS kepada universiti penuh pada Jun lalu.

Bagaimanapun, nama rasmi baharu universiti berkenaan akan diumumkan oleh kerajaan Sarawak.

Related Posts

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

KUANTAN – Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan selepas polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian menerusi lima operasi berasingan di Kuantan dan Genting Highlands, Bentong antara 6…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perkenal bon 10 peratus elak induk ternakan dijual terlalu awal

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memperkenalkan sistem bon ternakan bernilai 10 peratus daripada harga ternakan bagi memastikan penternak tidak menjual induk lembu dan kambing terlalu awal, sekali gus meningkatkan populasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Peniaga didakwa buat komen jelik kepada PMX

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Malaysia, Indonesia, Singapura bincang keselamatan dalam talian kanak-kanak

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Ummi Umairah enggan minta maaf ungkap ‘bodoh’ berkait derma Najib

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama komunikasi digital

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Polis Pahang berkas 31 suspek ahli sindiket penipuan

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal

Azmin salahkan Pas, punca krisis PN hingga terbatal