Jubli Perak Sultan Selangor diabadikan menerusi buku, setem dan syiling khas

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melancarkan buku, sampul surat hari pertama, setem dan syiling khas sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Baginda di Pustaka Raja Tun Uda, di sini pada Isnin.

Buku Menjulang Takhta: 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor yang diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan sejarah pemerintahan Sultan Sharafuddin sejak Baginda menaiki takhta pada tahun 2001.

Penerbitan itu menjadi dokumentasi perjalanan pemerintahan Baginda sepanjang 25 tahun, sekali gus mengabadikan sejarah dan perkembangan institusi Kesultanan Selangor untuk rujukan generasi akan datang.

Sementara itu, setem khas dan sampul surat hari pertama keluaran Pos Malaysia menampilkan beberapa elemen penting yang melambangkan keagungan institusi diraja dan warisan negeri Selangor.

Antara visual yang diketengahkan ialah Balairung Seri, Istana Alam Shah, Tengkolok Balung Raja dan Keris Terapang Gabus, selain motif geometri serta Bunga Tanjung berkelopak sembilan yang mencerminkan keluhuran adat dan kedaulatan Kesultanan Selangor.

Dalam pada itu, Perbendaharaan Negeri Selangor turut mengeluarkan syiling khas sebagai tanda penghargaan sempena 25 tahun pemerintahan Baginda.

Pengeluaran syiling berkenaan turut melambangkan kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negeri Selangor, di samping usaha memartabatkan warisan Kesultanan Selangor.

Pelancaran buku, setem dan syiling khas itu menjadi antara pengisian sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Sharafuddin, selain mengabadikan sejarah, identiti dan warisan diraja Selangor untuk tatapan masyarakat serta generasi akan datang.

Keberangkatan Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Related Posts

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah wajar melepaskan jawatannya secara sukarela sekiranya berpegang kepada prinsip ‘gentleman‘ atau lelaki budiman susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga persatuan media hargai insentif khas RM700 kerajaan Sarawak

Oleh Tengku Majis dan Haziq Azhar KUCHING – Tiga persatuan media di Sarawak menyambut baik pengumuman insentif khas RM700 secara sekali bayar kepada pengamal media swasta yang berdaftar dengan enam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

Tiga persatuan media hargai insentif khas RM700 kerajaan Sarawak

Tiga persatuan media hargai insentif khas RM700 kerajaan Sarawak

‘Tunjuk penyata bank’ – Zizie Izette cabar penyebar dakwaan harta Bung Moktar RM1.17 bilion

‘Tunjuk penyata bank’ – Zizie Izette cabar penyebar dakwaan harta Bung Moktar RM1.17 bilion

Sultan Pahang bimbang gejala sosial, budaya kebencian generasi muda

Sultan Pahang bimbang gejala sosial, budaya kebencian generasi muda

Kalah saman RM300,000: Akmal terpaksa gadai dua aset nilai sentimental jadi taruhan

Kalah saman RM300,000: Akmal terpaksa gadai dua aset nilai sentimental jadi taruhan