‘Tunjuk penyata bank’ – Zizie Izette cabar penyebar dakwaan harta Bung Moktar RM1.17 bilion

PELAKON Zizie Izette Abdul Samad menafikan dakwaan bahawa suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, meninggalkan harta pusaka bernilai RM1.17 bilion dalam sebuah akaun bank.

Zizie Izette, 48, mencabar pihak yang menyebarkan dakwaan berkenaan supaya mengemukakan bukti rasmi, termasuk penyata bank dan butiran akaun bagi mengesahkan kewujudan wang berkenaan.

“Kalau betul arwah suami saya tinggalkan RM1.17 bilion dalam akaun, silakan tampil dengan bukti seperti penyata bank dan butiran akaun, saya cabar tunjukkan.

“Percayalah, tiada siapa yang lebih gembira selain saya dan lima anak kami sekiranya perkara ini benar-benar wujud.

“Hebat betul orang luar lagi tahu daripada tuan badan sendiri yang sampai sekarang masih mencarinya jika benar ada.

“Janganlah main petik nama arwah sesuka hati untuk bergosip kerana arwah sudah tiada lagi untuk mempertahankan diri di dunia,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Rabu.

bung moktar

Kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum menyebarkan spekulasi berkaitan harta pusaka individu yang telah meninggal dunia.

Menurutnya, penyebaran dakwaan tanpa bukti bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi keluarga, malah boleh membawa implikasi dosa fitnah.

“Nak bergosip berpada-padalah, banyakkan istighfar kerana takut nanti di akhirat kena jawab satu persatu di hadapan Allah SWT.

“Semoga kita semua dijauhkan daripada terus terjerumus dalam dosa fitnah yang merosakkan ini,” katanya.

Dalam perkongsian berasingan, Zizie turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan seorang individu yang berkongsi khabar angin mengenai dakwaan Bung mempunyai simpanan wang yang banyak.

Dia mengakui terkejut dengan dakwaan itu, namun sempat berseloroh bahawa kehidupannya mungkin lebih mudah sekiranya wang berkenaan benar-benar wujud.

“Untuk kali ini, secara jujurnya saya berharap khabar angin itu benar dan bayangkanlah sekiranya perkara tersebut memang betul-betul ada,” katanya.

Terdahulu, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009. Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata selain membesarkan dua anak angkat.

Bung Moktar, yang juga bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah, akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Related Posts

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah wajar melepaskan jawatannya secara sukarela sekiranya berpegang kepada prinsip ‘gentleman‘ atau lelaki budiman susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

KANGAR – Masa depan Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis kini bergantung kepada pendirian enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

MB Perlis wajar letak jawatan jika ‘gentleman’

Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

Sokongan enam ADUN Pas penentu nasib MB Perlis – Speaker

Tiga persatuan media hargai insentif khas RM700 kerajaan Sarawak

Tiga persatuan media hargai insentif khas RM700 kerajaan Sarawak

‘Tunjuk penyata bank’ – Zizie Izette cabar penyebar dakwaan harta Bung Moktar RM1.17 bilion

‘Tunjuk penyata bank’ – Zizie Izette cabar penyebar dakwaan harta Bung Moktar RM1.17 bilion

Sultan Pahang bimbang gejala sosial, budaya kebencian generasi muda

Sultan Pahang bimbang gejala sosial, budaya kebencian generasi muda

Kalah saman RM300,000: Akmal terpaksa gadai dua aset nilai sentimental jadi taruhan

Kalah saman RM300,000: Akmal terpaksa gadai dua aset nilai sentimental jadi taruhan