M40 hilang kerja, pendapatan merosot boleh rayu bantuan bersasar

KUALA LUMPUR – Isi rumah dalam kategori M40 yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kemerosotan pendapatan boleh mengemukakan rayuan bagi mendapatkan bantuan bersasar sekiranya berlaku perubahan kedudukan kewangan semasa.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, mekanisme itu membolehkan penerima mengemukakan rayuan semula apabila status kewangan mereka berubah, termasuk akibat kehilangan pekerjaan.

Menurutnya, penilaian akan dibuat berdasarkan keadaan kewangan semasa pemohon dan tidak hanya bergantung kepada rekod pendapatan terdahulu.

“Rayuan dibuka setiap hari. Penerima bantuan boleh membuat rayuan kalau status sedia ada telah berubah.

“Mereka boleh buat rayuan setiap hari,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Adnan Abu Hassan (UMNO-Kuala Pilah) mengenai mekanisme yang dilaksanakan kementerian bagi memastikan isi rumah kumpulan M40 yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kemerosotan pendapatan tidak tercicir daripada menerima bantuan bersasar.

Sementara itu, Statistik Tenaga Buruh bagi Julai 2026 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada September lalu merekodkan kadar pengangguran negara kekal pada 3.0 peratus, sama seperti bulan sebelumnya.

Statistik itu turut merekodkan seramai 520,300 penganggur pada Julai 2026.

Dalam tempoh sama, jumlah tenaga buruh meningkat 0.1 peratus kepada 17.37 juta orang berbanding 17.34 juta orang pada Jun.

Kadar penyertaan tenaga buruh pula kekal pada 70.9 peratus.

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000