Tambang ECRL bermula dari RM125 sehala ke Kota Bharu

GOMBAK – Kerajaan meluluskan cadangan pelaksanaan tambang perkhidmatan penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan kadar kelas Ekonomi bagi perjalanan Transit dari Gombak ke Kota Bharu bermula serendah RM125 sehala.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, tambang kelas Ekonomi bagi perkhidmatan Ekspres untuk perjalanan sama sejauh 523 kilometer pula bermula serendah RM147 sehala.

Menurut beliau, cadangan pelaksanaan tambang yang diluluskan itu mengambil kira keseimbangan antara kemampuan rakyat, nilai perkhidmatan yang ditawarkan serta kemampanan operasi ECRL dalam jangka panjang.

“Bagi perjalanan Gombak ke Kuala Terengganu sejauh 378 kilometer, kadar tambang perkhidmatan Transit bermula RM95 manakala tambang bagi perkhidmatan Ekspres untuk perjalanan sama bermula RM110.

“Sementara itu, perjalanan Gombak ke KotaSAS sejauh 209 kilometer ditawarkan pada kadar permulaan RM60 bagi Transit dan RM68 bagi Ekspres. Kadar tambang permulaan yang sama turut terpakai bagi perjalanan arah sebaliknya,” katanya pada sidang media kadar tambang ECRL di Stesen ECRL, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Darwis berkata, pendekatan tambang dinamik membolehkan pengurusan permintaan penumpang dilaksanakan dengan lebih berkesan di samping memastikan perkhidmatan ECRL kekal berdaya saing.

“Melalui mekanisme ini, harga tiket boleh berubah mengikut faktor seperti waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk sekali gus memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk merancang perjalanan mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

“Perkhidmatan Transit akan berhenti di setiap stesen yang dijadualkan manakala perkhidmatan Ekspres memberikan tumpuan kepada empat stesen utama iaitu Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu dan Kota Bharu,” katanya.

Menurut Darwis, Jemaah Menteri turut meluluskan diskaun sebanyak 50 peratus kepada kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun, warga emas warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas, pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara kerajaan.

Katanya, pelajar berumur 13 hingga 24 tahun pula akan menikmati diskaun sebanyak 40 peratus menerusi pendekatan tambang inklusif dan mesra rakyat bagi perkhidmatan berkenaan.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan manfaat ECRL dapat dinikmati secara lebih meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat sekali gus meningkatkan akses kepada pengangkutan awam moden yang selesa dan berpatutan.

“Penjualan tiket rasmi ECRL dijadualkan bermula pada pertengahan November 2026, manakala operasi komersial penumpang bagi laluan Gombak ke Kota Bharu disasarkan bermula pada pertengahan Disember 2026, tertakluk kepada penyempurnaan keperluan keselamatan dan kelulusan berkaitan,” katanya

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000