KPM lanjutkan pengisian markah UASA seminggu susulan jerebu

PUTRAJAYA – Tempoh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran persekolahan dalam Sistem Pengurusan Pendidikan Bersepadu (MOEIS) dilanjutkan susulan gangguan sesi persekolahan dan pelaksanaan pentaksiran akibat jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, tarikh akhir pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dilanjutkan selama seminggu, iaitu daripada 21 November kepada 28 November ini.

“Selain itu, tarikh akhir pengisian markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) turut dilanjutkan daripada 30 November kepada 5 Disember ini.

“Dengan pelanjutan pengisian markah ini, diharapkan murid, guru dan ibu bapa serta penjaga akan lebih selesa bagi pelaksanaan proses pengisian markah dalam sistem MOEIS KPM kelak,” menurut kenyataan itu. 

Terdahulu, beberapa negeri terpaksa menutup sekolah disebabkan jerebu kuat yang boleh menjejaskan kesihatan pelajar. Hal ini mengakibatkan peperiksaan di negeri tersebut juga terpaksa ditangguhkan.

Related Posts

Isu jerebu berlarutan 34 tahun, undang-undang antarabangsa perlu diambil

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk kerajaan persekutuan menilai semua saluran perundangan antarabangsa bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang berlarutan selama 34 tahun. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPDN bentang RUU e-Dagang tahun depan

KUANTAN – Draf Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang baharu kini dalam dalam proses penambahbaikan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000