Jamuan Teh Diraja eratkan hubungan Sultan Selangor dengan rakyat – Amirudin

KLANG – Penganjuran Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Rakyat di Padang Mahkota, Istana Alam Shah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat jelata.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, majlis tersebut menghimpunkan rakyat dari daerah Klang, Petaling, Hulu Selangor dan Sabak Bernam bagi bersama-sama meraikan detik bersejarah dalam pemerintahan Sultan Sharafuddin.

“Majlis terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Keakraban yang terjalin mencerminkan hubungan erat antara Sultan Selangor dengan rakyat sepanjang 25 tahun pemerintahan Baginda. 

“Titah dan pedoman Baginda turut menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri dalam memperkukuh permuafakatan, memelihara perpaduan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat demi memastikan kestabilan dan keharmonian Negeri Selangor terus terpelihara,” kongsinya di Facebook pada Ahad.

Keberangkatan Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bersama Datin Paduka Seri Afzaa Fadini.

Sempena sambutan penuh bermakna itu, seluruh rakyat Selangor mendoakan agar Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangor serta seluruh kerabat diraja sentiasa dikurniakan usia yang berkat, kesihatan yang baik dan kesejahteraan berpanjangan untuk terus menaungi rakyat Selangor Darul Ehsan.

Related Posts

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000