Anwar beri amaran penjawat awam hentikan budaya kerja lembap

PUTRAJAYA – Penjawat awam diingatkan untuk menghentikan serta-merta budaya kerja lembap dan memastikan setiap dasar serta keputusan yang diumumkan benar-benar dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan sesebuah belanjawan tidak sepatutnya diukur berdasarkan pengumuman atau peruntukan semata-mata, sebaliknya bergantung pada keupayaan kerajaan menyampaikan hasil kepada rakyat dengan pantas dan berkesan.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh jentera kerajaan menyegerakan dan tidak boleh dilengahkan pelaksanaan dasar dan inisiatif Belanjawan 2027 bagi memastikan setiap keputusan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan demi kepentingan rakyat.

“Surat yang boleh dijawab satu hari, dia ambil masa dua minggu. Itu memang penyakit untuk negara.

“Jadi rumusnya apa? Belanjawan boleh dilakar, tetapi cabarannya adalah pelaksanaannya. Bagaimana kita boleh terus selamatkan negara, elakkan ketirisan, amalan rasuah, kemalasan dan lembab pelaksanaannya?

“Program-program yang diputuskan, dasar-dasar dilaksanakan dengan sebaik mungkin ya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, kelewatan dalam urusan pentadbiran boleh menjejaskan keberkesanan dasar kerajaan, meskipun pelbagai bantuan dan pembaharuan telah diumumkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, ujian sebenar kepada kerajaan bukan sekadar keupayaan merangka dasar yang baik, tetapi memastikan dasar itu dilaksanakan dengan amanah dan penuh kesungguhan.

“Tanggungjawab memastikan pelaksanaan yang cekap terletak pada semua peringkat kepimpinan pentadbiran, daripada Ketua Setiausaha Negara hingga ketua jabatan, pengarah dan ketua pengarah.

“Ujiannya itu bukan pada dasar, bukan kerangka yang indah, tetapi keupayaan kita melaksanakan dengan ikhlas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya mengelakkan ketirisan, menghentikan amalan rasuah dan meningkatkan produktiviti.

“Kalau upah sudah naik, minyak sudah turun, kerja masih lembab, itu memang cari penyakit,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membantu rakyat, termasuk menambah peruntukan bantuan, mengurangkan beban kos bahan api dan melaksanakan program perumahan.

“Setiap pegawai kerajaan perlu memastikan usaha itu diterjemahkan kepada manfaat sebenar, bukannya terhenti pada peringkat pengumuman atau proses pentadbiran yang berpanjangan,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin Malaysia mampu meningkatkan kekuatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang sekiranya seluruh jentera kerajaan memberikan tumpuan kepada pelaksanaan.

“Kita boleh lakukan, Insya-Allah. Kita mesti lakukan,” katanya.

Related Posts

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan ditambah baik, khususnya membabitkan prosedur penutupan sekolah dan persediaan pembelajaran sekiranya institusi pendidikan terpaksa ditutup selama beberapa hari berikutan keadaan jerebu. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit kekal berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh data terkini ekonomi Malaysia, walaupun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Pada 6 petang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000