Mt. Kinabalu International Climbathon sasar pelari elit dunia, tawar hadiah lumayan

KOTA KINABALU – Kejohanan Mt. Kinabalu International Climbathon berhasrat menawarkan hadiah kemenangan lebih lumayan pada masa akan datang bagi menarik penyertaan lebih ramai pelari antarabangsa, termasuk atlet bertaraf dunia.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, ke arah itu, sudah tiba masanya penganjur mempertimbangkan peningkatan hadiah bagi menjadikan acara itu lebih kompetitif.

“Cadangan ini antara prospek yang akan diteliti bagi memberikan insentif lebih baik kepada peserta, sekali gus menggalakkan penyertaan atlet antarabangsa pada edisi akan datang.

“Penyertaan pelari antarabangsa dalam acara ini turut membabitkan atlet yang berada pada kedudukan nombor 11, 13 dan 18 di peringkat dunia,” katanya pada sidang media sempena ulang tahun ke-33 Mt. Kinabalu International Climbathon 2026, di sini, pada Ahad.



Menurut Jafry, peningkatan tawaran hadiah berpotensi menjadi antara tarikan utama untuk menggalakkan lebih ramai pelari antarabangsa menyertai acara berkenaan pada masa akan datang.

“Pada masa sama, saya yakin pelari tempatan juga mempunyai keupayaan untuk menimba pengalaman dan bersaing dengan peserta antarabangsa menerusi penyertaan dalam acara itu.

“Peluang beraksi bersama pelari bertaraf antarabangsa penting bagi membantu atlet tempatan meningkatkan pengalaman serta mengembangkan kemampuan dalam sukan larian berkenaan.

“Sehubungan itu, saya menyeru pelbagai pihak memberikan sumbangan dan sokongan kepada pelari tempatan bagi membuka peluang kepada mereka menyertai World Series Skyrunner,” jelasnya.

Untuk rekod, Mt. Kinabalu International Climbathon 2026 menyaksikan penyertaan peserta dari 28 negara termasuk Malaysia.

Bagi edisi kali ini, juara membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, manakala naib juara menerima RM6,000 dan tempat ketiga RM4,000.

Related Posts

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

LONG LAMA – Pendidikan keselamatan diri sejak peringkat sekolah rendah perlu diperkukuh bagi membantu kanak-kanak mengenali situasi berisiko, memahami batas pergaulan serta mendapatkan bantuan apabila berhadapan ancaman. Pegawai Pendidikan Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

SEREMBAN – Pentadbiran Undang Luak Rembau menyangkal dakwaan yang mempertikaikan kewibawaan Hassan Ab Hamid dengan menggambarkan penangguhan kemasukan ke Balai Undang Luak Rembau pada Isnin sebagai kegagalan daripada pihak Dato’…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Kesihatan murid keutamaan, pelan tindakan jerebu ditambah baik – PM

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Nilai ringgit kekal berdaya tahan

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Pendidikan keselamatan diri langkah awal lindungi kanak-kanak

Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

  • By Fatin
  • October 19, 2026
Mustapha tuntut siasatan telus, menyeluruh kematian dua beranak

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Isu Balai Undang Luak Rembau: Hassan elak pertembungan, bukan mengalah

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000

Teresa Kok menang saman fitnah, Dr Akmal diperintah bayar RM300,000