Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

PUTRAJAYA – Semakan terhadap syarikat perladangan kelapa sawit Malaysia yang beroperasi di Indonesia tidak menemukan penglibatan mereka dalam aktiviti pembakaran terbuka yang mencetuskan kebakaran di negara itu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa kebanyakan lokasi pembakaran yang dilaporkan berada di luar kawasan konsesi sawit milik syarikat Malaysia.

Beliau berkata, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Noraini Ahmad, turut diminta mengadakan sesi libat urus dengan syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Jemaah Menteri dimaklumkan kebanyakan daripada apa yang telah disaksikan dalam aktiviti pembakaran itu tidak berlaku di dalam konsesi sawit milik syarikat Malaysia.

“Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai kebakaran di sebuah ladang Genting Plantations seluas lima hektar di Indonesia yang dipercayai berpunca daripada api yang merebak dari kawasan luar sebelum berjaya dipadamkan,” katanya.

Fahmi berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin ini turut membincangkan isu jerebu, termasuk langkah penyelarasan antara kementerian berkaitan.

Sementara itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneruskan sesi libat urus khusus dengan syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung situasi kebakaran.

Beliau berkata, garis panduan sedia ada yang digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani kesan jerebu adalah berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang sedang berkuat kuasa.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, KKM, KPM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan keperluan penyelarasan lebih baik bagi menangani kesan jerebu, khususnya membabitkan aktiviti sukan luar bangunan serta pembukaan sekolah dan tempat pembelajaran.

Katanya, maklumat lanjut mengenai langkah menangani jerebu dijangka menyusul selepas perbincangan lanjut antara kementerian berkaitan.

Related Posts

Krisis Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz tegur sikap Ismail dalam video tular

KUALA PILAH – Ketegangan berhubung krisis adat dan perlembagaan Negeri Sembilan kembali menjadi perhatian apabila video memaparkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menegur sikap Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

USAHA menaik taraf kemudahan kesihatan luar bandar menerusi pembinaan semula Klinik Desa Permatang Sintok, Pulau Pinang, mendapat pujian netizen yang menyifatkannya sebagai inisiatif kecil tetapi memberi manfaat besar kepada rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz tegur sikap Ismail dalam video tular

Krisis Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz tegur sikap Ismail dalam video tular

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Syarikat sawit Malaysia tidak terbabit pembakaran terbuka di Indonesia – Fahmi

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

Klinik desa usang bertukar wajah, netizen puji PMX

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000