2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

KUANTAN – Dua pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah lebih RM58,000 dari awal tahun ini.

Menurut laporan Berita Harian, pengakuan pengurus restoran, Siti Norsuzuanie Ali, 29, dan penolong pengurus, Muhammad Zulhilmi Ahyauddin, 24, direkodkan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Mereka didakwa secara bersama-sama melakukan kesalahan itu dengan memanipulasikan transaksi bayaran balik (refund) dalam sistem melibatkan 1,199 resit dengan jumlah RM58,400.30 bagi kegunaan sendiri tanpa kebenaran pihak syarikat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 9 pagi hingga 10 malam di sebuah restoran cawangan Pekan dari Januari hingga bulan lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta boleh denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Azizah Ahmad menawarkan jaminan RM30,000 setiap seorang dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan di balai polis.

Bagaimanapun, peguam, Datuk Zaharman Zainal Abidin yang mewakili mereka, memohon jumlah itu dikurangkan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM9,000 setiap seorang berserta kesemua syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 23 November.

Related Posts

Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

TAWAU – Pelbagai insentif yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2027 termasuk kenaikan gaji minimum mencerminkan Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara serta mengambil kira keperluan rakyat. Naib III Pengerusi Majlis Pimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS perkemas strategi politik, perkukuh persiapan PRU16

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkemas persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) menerusi Konvensyen GRS 2026 yang dijangka menghimpunkan lebih 3,000 peserta dan pemerhati di Dewan Tun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Jerebu: Malaysia teliti semula tawaran bantuan kepada Indonesia – Fahmi

Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Pelbagai insentif, kenaikan gaji bukti Kerajaan MADANI dengari suara rakyat – Fung

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

2 pekerja restoran didakwa pecah amanah RM58,000

GRS perkemas strategi politik, perkukuh persiapan PRU16

GRS perkemas strategi politik, perkukuh persiapan PRU16

PRN Melaka: PKR tanding sembilan kerusi, calon diumum 24 Oktober

PRN Melaka: PKR tanding sembilan kerusi, calon diumum 24 Oktober

Hamzah takut bentang bajet alternatif, tetapi berani mahu ambil alih kerajaan – Mahfuz

Hamzah takut bentang bajet alternatif, tetapi berani mahu ambil alih kerajaan – Mahfuz