Program pemantapan akidah di Jengka 24 tarik lebih 500 penyertaan

JERANTUT – Seramai lebih 500 penduduk sekitar FELDA Jengka 24, dekat sini, menyertai Program Pemerkasaan Akidah dan Syariah yang berlangsung di Masjid As-Sobirin, pagi tadi.

Program anjuran bersama pihak masjid, peneroka dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) itu turut disertai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan FELDA Jengka 24 serta wakil pengurusan FELDA.

Antara pengisian utama program ialah ceramah perdana yang memberi penekanan kepada kepentingan pembentukan akidah yang kukuh dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, program berkenaan merupakan acara tahunan yang sentiasa mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat.

“Sambutan tahun ini amat menggalakkan walaupun cuaca berjerebu. Penduduk hadir seawal jam 7 pagi di Masjid As-Sobirin.

“Kejayaan (penganjuran) ini juga hasil sokongan padu daripada JAIP dan pengurusan FELDA Jengka 24 diketuai Saiful Mohd Fuzi,” katanya.

Program itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP, Noridzuan Abd Manan dan Kadi Daerah Jengka, Mohd Farik Jamaluddin.

Dalam pada itu, Pengerusi Masjid As-Sobirin, Ishak A Ghani berkata, pihak masjid menyediakan jamuan tengah hari secara gotong-royong selepas program selesai.

“Kali ini kita menerima rezeki lebih hasil sumbangan penduduk. Seekor lembu dan empat ekor kambing ditumbangkan bagi meraikan para tetamu yang hadir,” katanya.

Related Posts

50 projek jalan ladang Sarawak diluluskan, peruntukan RM15.72 juta

PUTRAJAYA – Sebanyak 50 projek pembaikan dan penyenggaraan jalan ladang sepanjang 116 kilometer (km) diluluskan di Sarawak bagi tempoh 2023 hingga September 2026, membabitkan peruntukan berjumlah RM15.72 juta. Menteri Perladangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk Daro kini nikmati bekalan elektrik 24 jam – Dr Safiee

KUCHING – Impian penduduk di seluruh kawasan N.43 Daro untuk menikmati bekalan elektrik 24 jam secara stabil kini menjadi kenyataan, sekali gus menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka hingga sepuluh kali ganda.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KSN mahu reformasi birokrasi dipercepat, RM5.79 juta dijimat menerusi ‘paperless’

KSN mahu reformasi birokrasi dipercepat, RM5.79 juta dijimat menerusi ‘paperless’

Belanjawan 2027 perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

Belanjawan 2027  perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

50 projek jalan ladang Sarawak diluluskan, peruntukan RM15.72 juta

50 projek jalan ladang Sarawak diluluskan, peruntukan RM15.72 juta

Penduduk Daro kini nikmati bekalan elektrik 24 jam – Dr Safiee

Penduduk Daro kini nikmati bekalan elektrik 24 jam – Dr Safiee

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 bukti kerajaan komited laksana reformasi – PM

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 bukti kerajaan komited laksana reformasi – PM

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus