50 projek jalan ladang Sarawak diluluskan, peruntukan RM15.72 juta

PUTRAJAYA – Sebanyak 50 projek pembaikan dan penyenggaraan jalan ladang sepanjang 116 kilometer (km) diluluskan di Sarawak bagi tempoh 2023 hingga September 2026, membabitkan peruntukan berjumlah RM15.72 juta.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pelaksanaan projek berkenaan memberi manfaat kepada 886 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit, lada, koko dan getah di negeri itu.

“Bagi kawasan Parlimen Selangau, kementerian menerima dua permohonan pembaikan jalan ladang pada 2026, masing-masing melibatkan Jalan Sekuau 1 dan Jalan Sekuau 2 di Ulu Oya.

“Kedua-dua permohonan itu membabitkan pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit di kawasan seluas 23.8 hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab Pertanyaan Lisan Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta di Dewan Rakyat berhubung pelaksanaan projek Jalan Ladang Pekebun Kecil di Sarawak bagi tempoh 2023 hingga 2026.

Bagaimanapun, kedua-dua lokasi cadangan projek itu melibatkan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) atau Native Customary Rights, yang memerlukan kelulusan khas serta penyelarasan bersama pihak berkuasa negeri.

“Jalan ladang merupakan kemudahan penting bagi membantu pekebun kecil mengeluarkan hasil ladang mereka. Sehubungan itu, projek pembaikan dan penyenggaraan jalan ladang akan terus dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada pekebun kecil dalam sektor agrikomoditi negara,” jelasnya.

Related Posts

Penduduk Daro kini nikmati bekalan elektrik 24 jam – Dr Safiee

KUCHING – Impian penduduk di seluruh kawasan N.43 Daro untuk menikmati bekalan elektrik 24 jam secara stabil kini menjadi kenyataan, sekali gus menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka hingga sepuluh kali ganda.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

ALOR SETAR – Seorang daripada tiga remaja lelaki yang terkena renjatan elektrik ketika menyertai perarakan keagamaan di Mergong, di sini malam tadi dilaporkan masih tidak sedarkan diri selepas melecur 80…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KSN mahu reformasi birokrasi dipercepat, RM5.79 juta dijimat menerusi ‘paperless’

KSN mahu reformasi birokrasi dipercepat, RM5.79 juta dijimat menerusi ‘paperless’

Belanjawan 2027 perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

Belanjawan 2027  perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

50 projek jalan ladang Sarawak diluluskan, peruntukan RM15.72 juta

50 projek jalan ladang Sarawak diluluskan, peruntukan RM15.72 juta

Penduduk Daro kini nikmati bekalan elektrik 24 jam – Dr Safiee

Penduduk Daro kini nikmati bekalan elektrik 24 jam – Dr Safiee

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 bukti kerajaan komited laksana reformasi – PM

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 bukti kerajaan komited laksana reformasi – PM

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus