Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

ALOR SETAR – Seorang bekas pemain bola sepak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar 72 kilogram (kg) dadah jenis kanabis, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Faiz Nazri, 26, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa mengedar 72 kg kanabis di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Alor Setar kira-kira pukul 6.30 petang, 24 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sharmila Md Asri manakala tertuduh yang berasal dari Perlis itu tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan dan Majistret Eliana menetapkan 2 Februari tahun depan bagi serahan laporan kimia dan sebutan semula kes.

Muhammad Faiz yang pernah bermain bagi Piala Presiden di sebuah negeri itu diperintahkan ke Penjara Alor Setar sehingga tarikh sebutan tersebut.

Terdahulu, seorang lelaki ditahan susulan penemuan 72 kg bunga ganja dianggarkan bernilai RM6 juta di dalam Toyota Wish yang terlibat kemalangan dengan Toyota Hilux di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kota Setar, 24 September lalu.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari