Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

SIBU – Golongan belia di Sarawak digesa memanfaatkan kemudahan infrastruktur dan potensi ekonomi setempat bagi meneroka peluang perniagaan yang mampu menjana pendapatan serta merancakkan pembangunan ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, perkembangan infrastruktur termasuk pembinaan jalan raya, jambatan dan peluasan jaringan telekomunikasi dapat membantu usahawan memperluas pasaran, khususnya di kawasan luar bandar.

“Belia perlu merebut peluang ini dengan mengenal pasti kekuatan sumber dan potensi ekonomi di kawasan masing-masing,” katanya selepas mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Penutupan Program Sarawak Youth StartUp (SYStartUP) Kohort Ketiga di Hotel Kingwood pada Ahad.

Menurut Ripin, penguasaan ilmu berkaitan pengurusan perniagaan, modal, pemasaran digital dan penggunaan teknologi penting bagi membantu usahawan muda membuat perancangan lebih teratur serta meningkatkan daya saing perusahaan mereka.

Program SYStartUP Kohort Ketiga yang berlangsung selama lapan hari itu melibatkan 140 peserta dari Zon Tengah Sarawak termasuk Sibu, Mukah, Kapit dan Sarikei. Program berkenaan turut dilaksanakan dengan kerjasama lebih 45 rakan strategik bagi memberikan pendedahan keusahawanan kepada peserta.

Pelaksanaan kohort ketiga di Sibu meneruskan usaha pembangunan keusahawanan belia selepas kohort pertama di Kuching pada Disember 2024 dan kohort kedua di Miri pada November 2025 selaras dengan usaha memperluas penyertaan belia dalam sektor perniagaan di Sarawak.

Foto: UKAS

Related Posts

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

KUCHING – Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh menyambut baik tumpuan kerajaan persekutuan terhadap agenda pembangunan menerusi pembentangan belanjawan 2027 baru-baru ini khususnya peruntukan yang memberi manfaat kepada Sarawak dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

KUCHING – Pengumuman pelbagai inisiatif khusus untuk pekerja gig menerusi Belanjawan 2027 disambut baik penghantar makanan di bandar raya ini yang berharap langkah berkenaan dapat membantu meningkatkan pendapatan, memperkukuh perlindungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya