Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

LIMBANG – Kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan golongan warga emas perlu terus menjadi keutamaan dalam usaha memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat, aktif dan berkualiti.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, warga emas merupakan aset berharga kepada negara kerana telah banyak menabur jasa dan memainkan peranan penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat serta negara.

Menurut beliau, menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk ahli keluarga, komuniti dan agensi kerajaan untuk memastikan golongan berkenaan sentiasa mendapat perhatian serta penjagaan sewajarnya.

“Golongan warga emas merupakan aset yang amat bernilai kepada negara dan masyarakat. Mereka adalah insan yang telah banyak berjasa dalam membangunkan keluarga, komuniti dan negara.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Warga Emas Panel Penasihat Klinik Kesihatan Nanga Medamit Tahun 2026 di Rumah Tom, Kampung Tanah Merah, Nanga Medamit, semalam.

Hasbi berkata, penganjuran program seumpama itu bukan sahaja memberi peluang kepada warga emas menjalani pemeriksaan kesihatan, malah menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

Katanya, program berkenaan turut berperanan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat, di samping memastikan warga emas kekal aktif dan tidak terpinggir daripada aktiviti kemasyarakatan.

“Selaras dengan aspirasi negara untuk memperkukuh sistem penjagaan kesihatan komuniti, saya berharap program seperti ini akan terus diperluaskan supaya lebih ramai warga emas mendapat manfaat.

“Saya juga menggalakkan semua ahli keluarga agar sentiasa memberi perhatian terhadap kesihatan fizikal, mental dan emosi ibu bapa serta warga emas di sekeliling kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik penganjuran pelbagai aktiviti termasuk senamrobik, ceramah kesihatan, pameran, saringan kesihatan, aktiviti komuniti dan cabutan bertuah yang disusun bagi memeriahkan program tersebut.

Menurutnya, pengisian seumpama itu bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan, malah memberi ruang kepada warga emas untuk berinteraksi dan menjalani kehidupan sosial yang lebih aktif.

Hasbi turut merakamkan penghargaan kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Nanga Medamit, Klinik Kesihatan Nanga Medamit serta jabatan dan agensi kerajaan yang bekerjasama menjayakan program berkenaan.

Beliau berharap kerjasama erat antara agensi kesihatan, kerajaan dan komuniti setempat dapat diteruskan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat, khususnya golongan warga emas di kawasan Nanga Medamit, sentiasa terpelihara.

Related Posts

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

KUCHING – Pengumuman pelbagai inisiatif khusus untuk pekerja gig menerusi Belanjawan 2027 disambut baik penghantar makanan di bandar raya ini yang berharap langkah berkenaan dapat membantu meningkatkan pendapatan, memperkukuh perlindungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

LIMBANG – Penduduk Kampung Ulu Mentawai kini mula menikmati perubahan besar dalam sistem perhubungan apabila laluan jalan darat sudah boleh digunakan untuk keluar masuk ke kawasan berkenaan, sekali gus mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prasarana asas desa dinaiktaraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaiktaraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya