Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

KUCHING – Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh menyambut baik tumpuan kerajaan persekutuan terhadap agenda pembangunan menerusi pembentangan belanjawan 2027 baru-baru ini khususnya peruntukan yang memberi manfaat kepada Sarawak dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkukuh kemudahan asas di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, perhatian terhadap pembangunan prasarana asas desa termasuk peruntukan RM3.3 bilion bagi pelaksanaan projek jalan desa, kemudahan bekalan air dan elektrik serta kemudahan sosial di seluruh negara merupakan langkah penting dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Bagi kawasan seperti di Bahagian Sri Aman yang mempunyai banyak komuniti luar bandar, peningkatan kemudahan asas amat penting kerana ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat, termasuk dari segi akses kepada pendidikan, kesihatan, ekonomi dan peluang pekerjaan,” katanya ketika dihubungi.

Mahra berkata, pembangunan infrastruktur yang lebih baik akan membantu membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat, selain menyokong pertumbuhan sektor pertanian, perusahaan kecil dan aktiviti keusahawanan di peringkat komuniti.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap perhatian yang diberikan kepada Sarawak melalui pelbagai inisiatif pembangunan dalam Belanjawan 2027, yang dilihat mampu mempercepatkan usaha meningkatkan kemudahan awam serta memperkukuh jaringan perhubungan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Menurutnya, kesinambungan pelaburan dalam bidang infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan amat diperlukan bagi memastikan pembangunan Sarawak berjalan secara inklusif serta memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Pembangunan yang seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar akan membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat serta memastikan komuniti tempatan mempunyai akses kepada kemudahan dan peluang yang lebih baik,” ujarnya lagi.

Beliau berharap pelaksanaan projek-projek di bawah Belanjawan 2027 dapat dilakukan secara berkesan dengan mengambil kira keperluan sebenar masyarakat di setiap kawasan, khususnya kawasan pedalaman yang memerlukan perhatian berterusan.

Mahra menambah, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan disifatkan sangat penting bagi memastikan setiap peruntukan yang disalurkan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat Sarawak.

Related Posts

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

KUCHING – Pengumuman pelbagai inisiatif khusus untuk pekerja gig menerusi Belanjawan 2027 disambut baik penghantar makanan di bandar raya ini yang berharap langkah berkenaan dapat membantu meningkatkan pendapatan, memperkukuh perlindungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

LIMBANG – Penduduk Kampung Ulu Mentawai kini mula menikmati perubahan besar dalam sistem perhubungan apabila laluan jalan darat sudah boleh digunakan untuk keluar masuk ke kawasan berkenaan, sekali gus mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya