Pemandu lori warga asing positif dadah ditahan di Jalan Dijih

MUKAH – Seorang pemandu lori warga asing berusia 24 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di hadapan sebuah kilang pemprosesan sawit di Jalan Dijih, dekat sini.

Suspek ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menerusi Op Tapis Khas, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, suspek diperiksa selepas kenderaan yang dipandunya disyaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan pada beg sandang suspek menemukan peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah, namun tiada sebarang barangan terlarang atau dadah dijumpai.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan di IPD Mukah mengesahkan suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya ketika dihubungi wartawan TMP pada Ahad.

Menurut Muhamad Rizal, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak pertengahan tahun ini dan kini menyalurkan maklumat berhubung sumber bekalan dadah berkenaan untuk tindakan lanjut.

Katanya, suspek kini ditahan di Lokap Balai Polis Mukah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, serta tertakluk kepada pengawasan polis.

Related Posts

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

KUCHING – Pengumuman pelbagai inisiatif khusus untuk pekerja gig menerusi Belanjawan 2027 disambut baik penghantar makanan di bandar raya ini yang berharap langkah berkenaan dapat membantu meningkatkan pendapatan, memperkukuh perlindungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

LIMBANG – Penduduk Kampung Ulu Mentawai kini mula menikmati perubahan besar dalam sistem perhubungan apabila laluan jalan darat sudah boleh digunakan untuk keluar masuk ke kawasan berkenaan, sekali gus mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prasarana asas desa dinaiktaraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaiktaraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya

Pesta Hari Bukit Mas 2026 medan perkukuh perpaduan, pelihara warisan budaya