PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

ALOR SETAR – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) melahirkan kebimbangan terhadap Belanjawan 2027 yang dianggap belum dapat menyelesaikan masalah pelaksanaan bantuan kepada petani khususnya pembayaran insentif.

Pengerusinya, Abdul Rashid Yob berkata, meskipun kerajaan mengumumkan peningkatan insentif penuaian padi (IPP) daripada RM50 kepada RM100 sehektar, pelaksanaan bantuan sedia ada masih menjadi persoalan apabila bayaran bagi beberapa musim penanaman terdahulu belum diselesaikan.

Katanya, insentif yang belum dibayar itu termasuk bayaran bagi Musim 1/2026 serta tunggakan bagi musim penanaman kedua pada tahun lalu.

“Kami berterima kasih atas penambahan insentif penuaian itu, tetapi apa yang lebih pen­­ting ialah pelaksanaannya. Bayaran RM50 sehektar yang di­umumkan sebelum ini pun masih belum dibayar bagi Musim 1/2026 termasuk tunggakan Musim 2/2025.

“Apabila bantuan lama belum selesai tetapi bantuan baharu diumumkan, kami berasa dukacita kerana masalah asas pesawah masih belum diselesaikan,” katanya kepada media.

Menurut Abdul Rashid, PeSAWAH turut kecewa apabila permohonan supaya petani diberikan bantuan diesel menerusi Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi mengurangkan kos operasi jentera pertanian tidak diumumkan dalam belanjawan kali ini.

Katanya, kos bahan api memberi kesan langsung kepada perbelanjaan pesawah, khususnya ketika kerja-kerja membajak dan menuai yang memerlukan penggunaan jentera.

Beliau turut membangkitkan pelaksanaan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP), khususnya bantuan racun yang di­umumkan meningkat daripada RM200 kepada RM300 dalam Belanjawan 2026 tetapi didakwa masih belum dilaksanakan.

“Sehingga kini, pesawah masih menerima kadar lama RM200 bagi bantuan racun, sedangkan penambahan kepada RM300 sudah diumumkan dalam Belanjawan 2026. Kami bimbang perkara itu hanya jadi pengumuman tanpa pelaksa­naan, malah tiada penjelasan mengenai penambahan ber­kenaan dalam Belanjawan 2027,” katanya.

Abdul Rashid berkata, ke­adaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pesawah bahawa bantuan di­umumkan kerajaan mungkin tidak diteruskan atau dilaksanakan secara konsisten.

Beliau turut mencadangkan sebahagian peruntukan bantuan pertanian disalurkan menerusi e-dompet membolehkan pesawah memilih sendiri input pertanian diperlukan.

Related Posts

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam tindakan pempengaruh media sosial, Datuk Eric See-To yang didakwa mempersendakan petikan ayat al-Quran ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

TAWAU – Pertambahan peruntukan pembangunan untuk Sabah menerusi Belanjawan 2027 disambut baik dengan harapan komitmen kerajaan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

AMK kecam Eric See-To didakwa persenda petikan al-Quran ketika Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat