
KUALA LUMPUR – Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun hadapan akan ditingkatkan kepada RM 16 bilion, ketimbang RM15 bilion menerusi Belanjawan 2027.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua penerima STR akan menerima sara sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun yang akan memanfaat sehingga 9 juta penerima.
“Selain penerima STR yang berumur 18 tahun ke atas, akan menerima SARA MADANI berjumlah RM100 sebanyak dua kali iaitu sebelum aidilfitri dan menjelang ambang tujuh dasawarsa Merdeka.
“Ini akan memanfaat sehingga 13 juta rakyat malaysia termasuk golongan M40,” katanya ketika menyampaikan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.


