
KUALA LUMPUR – Kerajaan komited menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah yang membelenggu rakyat negeri itu akan ditangani menerusi pelaksanaan projek jangka pendek dan jangka panjang.
“Kerajaan akan memulakan perencanaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang.
“Serentak itu, pembinaan Loji Rawatan Air Machang dan penggantian paip uzur juga sedang berjalan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pembentangn Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Selain bekaln air bersih, kerajaan juga komited menangni isu banjir yang kerap kali melanda negeri itu.





