Belanjawan 2027: Empangan Lebir, Loji Rawatan Air Machang antara tumpuan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan segera RM100 juta bagi membangunkan kolam takungan dan kerja-kerja menyelenggara sungai sebagai langkah membendung banjir kilat yang kerap melanda Lembah Klang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut merupakan antara lima langkah utama yang dipersetujui bersama Kerajaan Selangor bagi menangani isu banjir secara menyeluruh.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi memenuhi keperluan untuk 30 tahun akan datang.

“Sebagai langkah segera, RM100 juta disediakan untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai bagi mengurangkan risiko banjir,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi tumpuan kepada isu banjir dan bekalan air bersih di Kelantan dengan mengumumkan perancangan pembinaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang.

“Kerajaan akan memulakan perencanaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang,” jelasnya.

Beliau berkata, kerajaan pada masa sama sedang giat melaksanakan pembinaan Loji Rawatan Air Machang serta kerja-kerja penggantian paip uzur di negeri itu bagi memastikan rakyat Kelantan menikmati bekalan air bersih yang lebih stabil.

Langkah-langkah berkenaan dilihat sebagai komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menangani dua isu kritikal rakyat – ancaman banjir di Lembah Klang dan krisis air di Kelantan.

  • Related Posts

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    TANGGA BATU – Pihak berkuasa sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    PUTRAJAYA – Kerjasama pendidikan Malaysia dan Mesir perlu diperluas melangkaui pengajian Islam dengan merangkumi bidang kejuruteraan, perubatan, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI). Perdana Menteri, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

    Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

    Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

    Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

    Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

    Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

    Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

    Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

    Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir