KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup institusi pendidikannya di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 mulai Jumaat, 9 Oktober, susulan keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

Bagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150 secara berterusan selama tiga hari berturut-turut, penutupan institusi pendidikan akan bermula Isnin, 12 Oktober.

Menurut kenyataan KPM hari ini, sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Kaedah pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan kemampuan, akses dan keperluan murid, selain mengambil kira kesiapsiagaan guru.

Guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan, berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan.

KPM berkata Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan institusi pendidikan perlu memantau bacaan IPU secara berterusan serta mengambil tindakan sewajarnya apabila ambang yang ditetapkan dicapai.

Kementerian itu juga akan terus memantau perkembangan jerebu dan mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan serta agensi berkaitan bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, pada 8 Oktober, susulan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengenai keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM