Fasa peralihan monsun bermula, jerebu dijangka beransur pulih dan bawa hujan lebat

KUALA LUMPUR – Masalah jerebu yang melanda negara ketika ini dijangka akan berkurangan berikutan pergerakan perubahan angin dalam fasa peralihan monsun yang bermula 9 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meterologi, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, fasa peralihan monsun yang bermula Jumaat ini bakal membawa kepada kejadian hujan lebat, kilat dan angin kencang.

Katanya, fasa peralihan monsun terbabit berlangsung sehingga penghujung Oktober ini juga menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lalu.

“Semasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

“Kedaan ini boleh menggalakkan pembentukan awam ribut petir yang lazimnya membawa kejadian hujan lebat dan kilat beserta angin kencang dalam termpoh singkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Hisham, cuaca berkenaan dijangka berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kawasan barat dan pendalaman Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya.

Jelasnya, dengan berakhirnya Monsun Barat Daya kesan jerebu rentas sempadan di negara jiran dijangkan akan beransur-ansur berkurangan berikutan perubahan pergerakan angin.

Tambahnya, orang dinasihatkan untuk lebuh berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan agensi ini melalui laman web rasmi dan aplikasi mobil myCuaca dan media sosial jabatan.

Related Posts

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Fasa peralihan monsun bermula, jerebu dijangka beransur pulih dan bawa hujan lebat

  • By Aden
  • October 6, 2026
Fasa peralihan monsun bermula, jerebu dijangka beransur pulih dan bawa hujan lebat

Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta