Todak Berjaya bangkit di penghujung perlumbaan, pertahan gelaran Raja Sungai Krian

SARATOK – Harapan Todak Berjaya untuk mengekalkan kejuaraan Bidar 30 hampir berdepan cabaran apabila pasukan Lanun Dinara Cut terlebih dahulu menguasai perlumbaan sebelum perahu nombor satu itu bangkit pada detik penentuan untuk meraih kemenangan.

Kejayaan tersebut membolehkan pasukan kendalian anak buah Nur Hazirah Kasdi itu mengekalkan gelaran Raja Sungai Krian buat tahun keempat berturut-turut.

Saingan sengit turut diberikan Landas Saga Sebuyo, namun ketenangan pasukan Todak Berjaya pada penghujung perlumbaan menjadi pemisah apabila mereka melakukan lonjakan kelajuan sebelum memintas Lanun Dinara Cut dan menamatkan perlumbaan di hadapan.

Gelaran berkenaan bukan sesuatu yang baharu buat Todak Berjaya apabila mereka mula menjuarai saingan pada 2023, sebelum sekali lagi mengungguli perlumbaan pada 2024 dan 2025.

Sebagai juara, Todak Berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM16,500 serta Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik.

Lanun Dinara Cut milik Cut dan Firdaus yang menduduki tempat kedua menerima RM9,900 berserta piala, manakala Landas Saga Sebuyo milik Datuk Awang Zamhari Awang Mahmood di tempat ketiga membawa pulang RM4,400 serta piala.

Friday bersama ADUN Kalaka, Mohamad Duri, menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis penangguhan Regata Sungai Krian, petang semalam.

Sementara itu, Landas Cahaya Helang Tasik mencatat kemenangan dalam Bidar 15, manakala Todak Berjaya sekali lagi menambah koleksi kejuaraan menerusi Bidar 25 yang menawarkan Piala ADUN Kalaka.

Lanun Dinara Cut pula mengungguli Bidar 10, manakala Landas Cahaya Helang Tasik mencatat satu lagi kemenangan selepas muncul juara Bidar 20 untuk membawa pulang Piala Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid.

Acara sulung Bidar 10 Lelaki Veteran yang diperkenalkan pada edisi tahun ini menyaksikan Sinaran Burung Garuda muncul sebagai pemenang.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

Hari Belia St John Marie Vianney perkukuh jati diri generasi muda Krusen Kranji

Biodiversiti Bukit Lambir khazanah alam yang perlu dipelihara – Adam Yii

Biodiversiti Bukit Lambir khazanah alam yang perlu dipelihara – Adam Yii

Belanjawan 2027: Rakyat mahu bantuan bersasar, peluang ekonomi diperkukuh

Belanjawan 2027: Rakyat mahu bantuan bersasar, peluang ekonomi diperkukuh