Ketegasan Shuhaily perlu dipertahankan, jangan beri laluan sindiket kuburkan AKPS

PUTRAJAYA – Ketegasan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tidak seharusnya dilihat sebagai kelemahan atau tindakan melampaui batas, sebaliknya dinilai dalam konteks usaha memperkukuh keselamatan sempadan serta membanteras sindiket yang mengancam integriti pintu masuk negara.

Penganalisis keselamatan, hubungan antarabangsa dan sosiopolitik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, tindakan tegas pegawai kanan penguat kuasa seperti Shuhaily juga boleh ditafsirkan sebagai manifestasi integriti institusi dan komitmen terhadap pelaksanaan mandat keselamatan negara.

Menurut beliau, dalam persekitaran ancaman rentas sempadan yang semakin kompleks, ketegasan kepimpinan adalah elemen penting bagi memastikan undang-undang dihormati dan sindiket tidak melihat kelemahan penguatkuasaan sebagai ruang untuk beroperasi.

“Pegawai kanan penguat kuasa tidak boleh berada dalam keadaan terlalu berhati-hati sehingga ketegasan terhadap sindiket akhirnya dilihat sebagai sesuatu yang perlu dielakkan.

“Sempadan negara bukan ruang untuk kompromi terhadap aktiviti yang boleh melemahkan sistem kawalan imigresen dan keselamatan negara,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Beliau berkata, ketegasan yang ditunjukkan Shuhaily turut menghantar mesej jelas kepada anggota bawahan bahawa kegiatan seperti sindiket ‘ulat’ tidak boleh dinormalisasikan sebagai sebahagian daripada ekosistem operasi di pintu masuk antarabangsa.

Pada masa sama, Nur Ashikin mengingatkan bahawa tindakan seseorang pegawai tidak wajar dihakimi hanya berdasarkan beberapa saat rakaman video yang tular tanpa memahami keseluruhan konteks operasi.

“Masyarakat perlu membezakan antara rakaman sesuatu tindakan dengan keseluruhan konteks tindakan tersebut. Video pendek hanya memberikan satu sudut pandang dan satu tempoh masa. Ia tidak semestinya menunjukkan apa yang berlaku sebelum rakaman, arahan yang telah diberikan, keadaan operasi atau tindakan individu yang terlibat sebelum itu.

“Oleh itu, menjadikan beberapa saat video sebagai asas untuk menghakimi integriti seorang Ketua Pengarah boleh menghasilkan trial by social media, iaitu seseorang dihukum berdasarkan persepsi sebelum fakta lengkap diperoleh,” katanya.

Nur Ashikin berpandangan, sekiranya terdapat usaha membentuk persepsi negatif terhadap Shuhaily melalui penyebaran rakaman yang dipotong daripada konteks asal, keadaan itu boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan.

Menurutnya, serangan terhadap  kepimpinan Ketua Pengarah AKPS yang dikenali dengan pendekatan tegas bukan sahaja memberi kesan kepada individu terbabit, malah berpotensi melemahkan moral anggota dan keberanian penguat kuasa untuk bertindak terhadap pelanggaran undang-undang.

“Jika setiap tindakan tegas penguat kuasa boleh dipatahkan hanya dengan satu rakaman pendek yang dikeluarkan daripada konteks, maka kita berisiko membentuk budaya penguatkuasaan yang takut untuk bertindak. Itu lebih berbahaya kepada keselamatan negara.

“Sindiket yang beroperasi di pintu masuk antarabangsa perlu berhadapan dengan penguat kuasa yang mempunyai authority, decisiveness dan institutional integrity. Pada masa yang sama, ketegasan tersebut mestilah kekal dalam lingkungan undang-undang dan SOP.

“Maka, prinsipnya bukan penguat kuasa boleh melakukan apa sahaja atas nama keselamatan, tetapi penguat kuasa mesti berani bertindak apabila terdapat asas undang-undang, dan tindakannya perlu dipertahankan berdasarkan keseluruhan fakta, bukan potongan video,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.

Beliau berkata, dirinya bersedia bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan menyerahkan sepenuhnya siasatan lanjut kepada pihak berkuasa bagi memastikan perkara itu dapat diselesaikan secara adil.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun