SPRM guna budi bicara, tiada notis kepada anak Saravanan berusia 12 tahun

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan budi bicara dalam menentukan keperluan menyerahkan notis pengisytiharan harta kepada ahli keluarga bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, biarpun undang-undang berkaitan tidak menetapkan kategori umur secara khusus, pertimbangan munasabah dibuat dalam kes membabitkan anak Saravanan yang berusia 12 tahun.

“Di bawah undang-undang, tidak dinyatakan secara khusus kategori umur, sama ada seseorang itu dewasa atau kanak-kanak. Apa yang dinyatakan ialah mengenai saudara atau sekutu.

“Jadi, dalam kes anak berusia 12 tahun tersebut, kita menggunakan budi bicara dan pertimbangan berdasarkan kemunasabahan. Kita memutuskan untuk tidak menyerahkan notis kepada anak beliau yang berusia 12 tahun itu, memang tidak ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-59 SPRM, di sini hari ini.

Beliau berkata, SPRM sebelum ini menyerahkan notis berkenaan kepada Saravanan, isterinya dan anak-anak pasangan itu, namun terdapat antara mereka yang tidak hadir kerana berada di luar negara.

Mengulas kehadiran anak bekas menteri itu di pejabat SPRM, Abd Halim berkata, kehadiran kanak-kanak berkenaan bukan bermaksud untuk menerima notis pengisytiharan harta.

“Kehadiran kanak-kanak itu bukan bermaksud dia datang secara fizikal untuk menerima notis, tetapi lebih kepada teman ibu bapanya.

“Makna kata, mungkin nak tinggalkan anak-anak di rumah tiada orang. Jadi, mereka datang seperti biasa,” katanya.

Abd Halim berkata, notis pengisytiharan harta itu dikeluarkan mengikut Seksyen 36(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dengan tempoh 30 hari diberikan untuk tindakan berkenaan.

Katanya, tempoh itu bagaimanapun boleh dilanjutkan sekiranya terdapat sebab yang munasabah.

Terdahulu, media melaporkan peguam Saravanan mempersoalkan tindakan SPRM menyerahkan notis berkenaan kepada kanak-kanak terbabit dan menyifatkannya sebagai pelanggaran etika.

Isnin lalu, Saravanan bersama ahli keluarganya hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi mengambil notis pengisytiharan harta berkenaan.

Notis itu dikeluarkan susulan siasatan berterusan SPRM terhadap Saravanan berhubung dakwaan rasuah berkaitan kelulusan kuota pekerja asing.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun